Rasa macam nak makan sesuatu tak? Ke nak dip sesuatu? Bunyi macam nak makan rojak je tu… Ha… Kalau camtu, Izzah ada bawa berita yang best untuk korang especially sesiapa yang duduk di Penang tu. Untuk pengetahuan korang, ada tempat yang menjual rojak dianggap legend! Ya, betul! Ada satu tempat dan ianya Din Rojak Tonggek.
Dibuka sejak 2015, Din Rojak Tonggek beroperasi di Permatang Pauh dan gerai ini tidak pernah mengecewakan pelanggan mereka, sentiasa membawa makanan yang terbaik. Pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran ditawarkan di tempat ini. sedap! Bukan itu sahaja, pelbagai review menunjukkan bahawa rojak yang ditawarkan akan membuatkan korang menjilat jari sebab sedapnya rojak tu! Kalau nak tahu lebih lanjut tentang tempat jual rojak yang sedap, boleh klik link di bawah. https://purpledurian.my/food-review/9-trak-makanan-terbaik-di-kl-dan-selangor-semua-penggemar-makanan-harus-melawat/
Menu
Rojak
Apabila kita cakap rojak, benda pertama yang masuk dekat otak kita ialah ia mestilah campuran sayur-sayuran dan buah-buahan dan sosnya mesti rasa manis-manis masam. Ada juga yang mempunyai rasa pedas sesetengah tu. Din Rojak Tonggek ini menghasilkan rojak mereka sendiri dan mempunyai dua jenis perisa iaitu manis dan pedas. Tapi, jangan risau, walaupun dilabelkan sebagai pedas, ia tidak begitu pedas jadi sesiapa yang tidak berapa tahan pedas juga boleh memakannya.
Korang boleh memilih sama ada untuk dimakan bersama buah-buahan anda, atau sayur-sayuran, atau makanan laut. Ya, makanan laut! Din Rojak Tonggek menawarkan kepelbagaian supaya pelanggan mempunyai banyak pilihan untuk dimakan dengan sos mereka. Sungguh menarik! Dengan harga sebatang hanya RM1 manakala sebatang yang dicucuk sotong RM1.50, ianya sangat mampu milik untuk semua!
Jadi… adakah anda tiba-tiba rasa ingin makan rojak? Izzah tahu yang Izzah nak makan. Jom rebut peluang hujung minggu ini untuk korang ke Din Rojak Tonggek dan berseronok dengan pelbagai pilihan untuk makan rojak di sana. Korang boleh lihat info lanjut tentang Din Rojak Tonggek di bawah. Nak tahu lebih banyak tempat makan di Penang, klik link.
https://purpledurian.my/makan/sambil-jalan-jalan-di-penang-jangan-lupa-singgah-di-don-western-grill/
📍Lokasi
Permatang Pauh, 13500, Pulau Pinang (Sebelah JMS Supermart)
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/kJWUswust7cQtugM6
⏰11am – 8pm [Tutup: Jumaat]
☎️ Phone: 017-450 0925
📲Facebook: https://www.facebook.com/dinrojak/?locale=ms_MY
📲Tiktok: https://www.tiktok.com/@dinrojaktonggek
Article curated by Izzah Norsham