Plan A Untuk Makan Di Ipoh Tak Menjadi? Jom Makan Di Restoran Plan B

You are currently viewing Plan A Untuk Makan Di Ipoh Tak Menjadi? Jom Makan Di Restoran Plan B

Kalau korang tengah mencari tempat makan best di Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk jenguk Plan B. Kedai makan ni memang jadi pilihan utama korang kalau bercuti kat sini.

Nak cerita sikit pasal dekorasi dalam kedai ni, wahh memang cukup menarik! Masuk je dalam, korang dah rasa macam nak posing habis gambar. Konsep hipster dia memang berjaya mencuri perhatian, terletak kat dalam gudang lama, lagi la unik! Ada la siling tinggi, dinding batu-bata, semua tu buat atmosfera tempat ni jadi santai gila.

Rekaan Dalaman Plan B
Rekaan Dalaman Plan B

Yang bestnya, makanan dia pun sedap gila! Minuman coklat panas dia tu lemak berkrim, kopi pun pedas manis, padu! Korang kena cuba salted egg spaghetti dia, rockyroad raspberry cake, serai chicken rice, chocolate brownie lembut macam awan, dan macam-macam lagi lah!

Menu

Cappuccino

Menu Cappuccino diorang memang lawa korang cara dia dihidangkan dan sedap. Jadi kalau korang nak snap gamba hantar ke social media korang memang ngam.

Cappuccino
Cappuccino

Buttermilk Chicken Carbonara

Antara menu bertemakan buttermilk yang dihidangkan di Plan B. Menu ini antara menu yang korang wajib cuba.

Buttermilk Chicken Carbonara
Buttermilk Chicken Carbonara

Vietnamese Rice Bowl

Hidangan Asian juga disediakan macam menu Vientamese Rice Bowl ni. Jadi kalau korang nak makan nasi di sini tiada masalah.

Vietnamese Rice Bowl
Vietnamese Rice Bowl

Semua hidangan kat sini memang kena perhatian yang teliti semasa dihasilkan. Takkan kecewa punya! Jadi, tunggu apa lagi! Jom hilangkan rasa lapar anda di Plan B. Kalau korang nak tengok apa lagi ada di Ipoh korang boleh klik di sini.

Lokasi

Plan

📍75, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/33oXn5xwSyyMKJzx6
⏰ Isnin – Jumaat (10am – 10pm) / Sabtu – Ahad (9am – 11pm)

Article curated by “Ku Ikhwan”