Datang Kuala Terengganu tapi tak tahu nak makan dessert dekat mana? Lagi lagi peminat Lotus Biscoff Cheesecake dan seorang yang sweetooth. Jadi min nak share satu cafe yang sajikan dessert yang best dan sedap dooh di Kuala Terengganu.
PastelMonoMy adalah small cafe yang terletak di kawasan perumahan kampung di Kuala Ibai, Terengganu. Orang Terengganu pasti kenal dengan cafe ini kerana viral di Twitter disebabkan owner cafe yang selalu aktif mempromosikan dessert mereka. Selain dessert, cafe ini ada pelbagai jenis pastry, pasta & coffee. Dengar review kata pastries dia sedap dan kopi dia pon ngam. Korang nak tahu apa yang lagi menarik cafe ni ha, Khairul Aming pun pernah datang makang kat cafe ni wow!
Walaupun cafe dia kecik kecik molek je dengan design yang very minimalist, tapi min tengok bahagian luar dia besar dengan meja yang aesthetic untuk bergambar dan paling best min rasa sebab senang nak parking kat sini. Bagi min cafe ni vibe dia chill dan tenang jiwa nak lepak lama lama dan borak dengan family atau kawan.
PastelMonoMy terkenal dengan dessert & kopi terutamanya Lotus Biscoff Cheesecake, Japanese Creampuff dan Creamhorn iaitu menu terbaru dari cafe ini. Bagi min coffee dia pun sangat sedap lagi lagi vanilla latte favourite min. Kek sedap dan semua lah sedap bagi orang yang sweet tooth.
Menu terbaru diorang ialah Hot Chocolate Set, terdiri dengan croissant & whipped cream. So yummy!! Jadi orang Terengganu kalau mengidam Hot Chocolate Set macam Khairul Aming makan kat Paris tu, singgah je PastelMonoMy. Harga pun sangat affordable bagi min dengan suasana kedai yang begitu tenang dan lawa. Untuk orang yang nak healing bolehlah singgah ke sini nak vibe vibe dalam cafe dalam kampung.
MENU
1. Lotus Biscoff Cheesecake
Cheesecake ini adalah signature dessert bagi pengunjung PastelMonoMy. Rata rata netizen review cheesecake tak muak, sedap dooh. Manis cheesecake tu just nice and boleh buat korang happy bila makan cake tu hehe. Bagi min presentation cake pun sangat lawa dan kalau post gambar cake di ig boleh buat orang lain terliur jugak.
2. Japanese Creampuff
Creampuff PastelMonoMy pun antara hot selling dessert di cafe ni. Selalu kalau min lambat singgah confirm dah habis creampuff. Bagi min creampuff dia sangat gebu, owner tak kedekut langsung filling dia ha. Fillings dia tak terlalu manis dan its vanilla creme filling. Texture luar dia pun sangat crunchy dan bagi min lagi sedap dari normal creampuff kat luar sana. Please try creampuff ini min bagi 10/10 sedap dooh dooh!
3. Creamhorn
Serious bagi min creamhorn ni paling sedap min try kat terengganu. Ranggup, kulit roti yang dibakar dan filling dia sangat banyak. Shell dia paired dengan fresh cream custard buat creamhorn ni lagi yummy dan gebu gebu gitu. Memang sedap!
No wonder ramai yang suggest datang sini kalau datang Kuala Terengganu. Min rasa PastelMonoMy ni cafe yang sangat chill dan best kalu nak cari dessert yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan. Dengan pilihan kopi yang banyak juga serta pelbagai kek yang begitu menarik. Min suggest bawak partner atau kawan-kawan makan kek yang gebu dan order favourite kopi korang. Min yakin korang mesti tak akan kecewa dengan setiap hidangan tak kiralah desserts, pastries dan coffee. Jemput datang support PastelMonoMy ramai ramai!! Korang boleh tengok review tiktok atau Google review dari pengunjung yang singgah ke PastelMonoMy dan kebanyakkan sangat berpuas hati dengan dessert mereka.
📌Open everyday except Wednesday
⏰11:00am – 8:15pm
📍 Location
LOT 2913, Lorong Cempaka 10, Kampung Tok Adis, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu.
📱 Google maps : https://goo.gl/maps/NzSvTLnc5gFr8mnf9
📱 Waze : PastelMonoMY
📱 Phone: 0102615119
📱 Facebook: https://ms-my.facebook.com/PastelMonoMY
📱 Instagram: https://www.instagram.com/pastelmonomy/
📱TikTok: https://www.tiktok.com/@pastelmonomy?is_from_webapp=1&sender_device=pc