Masakan Rasa Asli Sarawak di Kedey Kamek

You are currently viewing Masakan Rasa Asli Sarawak di Kedey Kamek

Jom makan masakan rasa asli Sawarak dari resepi turun temurun di Kedey Kamek yang terletak di cawangan Sunway Putra Mall. Tapi harini min nak review outlet ini sahaja kerana Kedey Kamek mempunyai 12 cawangan di seluruh Malaysia. So senang sangat korang nak cari Kedey Kamek yang berdekatan dengan korang. 

Kedey Kamek
Kedey Kamek

So untuk korang yang tertanya apa itu “Kedey Kamek” adalah bahasa Sarawak untuk “Kedai Saya”. Dipisahkan oleh Laut China Selatan menyebabkan perbezaan dialect, adat dan kepelbagaian makanan menyatukan satu Malaysia untuk makanan yang sedap dan menarik. Keistimewaan restoran ini ialah Laksa Sarawak yang resepi asli dari orang Sarawak terdahulu so memang rasa yang sangat authentic dan tak dapat cari di restoran lain dah. 

Makanan di Kedey Kamek
Makanan di Kedey Kamek

Oh bagi min restoran Kedey Kamek ini simple tapi interior yang moden minimalist. Restoran yang luas dan selesa sangat untuk korang menikmati masakan Sarawak bersama keluarga korang. Terutamanya orang Sarawak yang merindui masakan kampung diorang so boleh dapatkan di Kedey Kamek yang serba serbi ada. 

 Kedey Kamek Sunway Putra Mall
Kedey Kamek Sunway Putra Mall

MENU

1. Satay Ayam (RM10.90)

Tanpa celup dengan kuah kacang pun satay dah boleh gigit macam itu sahaja kerana daging ayam yang diperap secukup lemak gitu. Korang dapat rasa manis, masin dan masam semua hahaha. Satay lembut sahaja dan kuah kacang pun sedap sangat korang. 

Satay Ayam
Satay Ayam

2. Laksa Tiger Prawn (RM49.90)

Tak lengkap lah makan masakan Sarawak tanpa mencuba laksa kan. Dalam laksa ini korang dapat udang yang banyak sangat tambah fresh lagi yalls. Laksa dan kuah pun tempting dan pekat betul.

 Laksa Tiger Prawn
Laksa Tiger Prawn

3. Nasik Penyet Ayam Pansoh (RM21.90)

Ayam Pansoh ini dimasak dalam buluh so ayam dia memang aroma sangat korang bau dia. Daging memang lembut korang dan sambal memang pedas manja. Tapi kalau korang prefer ayam yang crunchy maybe ini tak kena dengan tekak korang sebab ayam dalam buluh tak garing and memang lembik je ha. Tapi apa pun menarik untuk korang try okay! 

Nasik Penyet Ayam Pansoh

4. Mee Jawa Kambing (RM27.90)

Mee Jawab Kedey Kamek datang dengan kambing, ayam dan daging. Memang awesome combo! Kuah mee jawa pekat dengan santan fresh semua dan kesemua bahan dalam mee jawa memang lembut je kalau gigit. 

Mee Jawa Kambing
Mee Jawa Kambing

5. Linut Ikan Terubuk Masin (RM19.90)

Linut itu min tengok macam chewy texture and cara makan korang kena guna chopstick nak balut linut cicah dengan sambal special dan makan dengan isi ikan terubuk masin itu. Ikan sememangnya korang boleh rasa masin tapi min lagi tertarik dengan linut itu. Wow menarik sangat tengok texture linut dan cara nak makan semua itu. Wajib korang try baru lah boleh jadi orang Sarawak hahahaha. 

Linut Ikan Terubuk Masin
Linut Ikan Terubuk Masin

Menarik kan korang makanan makanan di Kedey Kamek sebab memang rasa authentic Sarawak lah kerana boss restoran memang asal orang sana. Masakan memang approved sedap dan restoran selesa sangat. Tak tahu cara nak makan panggil je staff mereka untuk ajar. Layanan memang tiptop okay. Harga pun mur mur sahaja dengan portion makanan pun besar korang. Apa lagi cepat cepat serbu ke Kedey Kamek so korang boleh merasa kesedapan makanan asli Sarawak! 

LOKASI

📍Kedey Kamek
Unit 30 Level 1, Sunway Putra Mall 100, Jalan Putra, Chow Kit , 50350 Kuala Lumpur

🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/vCSqzVJpWfv9cUmaA
☎️Phone : +60340400755
📱Website : https://kedeykamek.com/
📱Facebook : https://web.facebook.com/OfficialKedeyKamek/?locale=ms_MY&_rdc=1&_rdr