Harini min nak review satu kafe yang sangat special untuk orang Taiping kerana kesemua masakan dikendalikan oleh CHEF-CHEF kulinari yg berkelayakan. So Avong Cafe terletak di Kamunting, Taiping so pakat ramai ramai orang Taiping untuk singgah menjamu selera disini kerana makanan disini saing saing makanan seperti di Hotel. Chef di Avong Cafe sangat berpengalaman jadi kesemua makanan sangat terjaga kualiti makanan dan korang pun akan terpukau dengan kesedapan makanan disini.
Cafe yang simple sahaja tetapi suasana yang sangat selesa dan nyaman untuk singgah makan disini. Korang akan tertarik dengan ruang makan di bahagian outdoor cafe yang sangat cantik dipenuhi dengan lampu lampu yang aesthetic betul, sesuai untuk lepak lepak bersama member korang.
Selain itu juga, port makan disini memang santai habis siap ada busking lagi tau dengan suasana yang chill dan cozy sambil korang menjamu selera. So takdelah bosan sangat korang makan itu sambil ditemani lagu lagu dari busking. Tambahan lagi, di Avong Cafe boleh memuatkan sehingga 180 orang pada satu masa. Kalau korang nak buat apa-apa majlis pun boleh seperti harijadi, reunion, office gathering sure ONzzz!
Menu di Avong Cafe sangat banyak confim korang rambang mata nak order apa dari pelbagai menu western, dessert dan asia fusion yang premium dengan suasana yang santai-santai. Chef-Chef di sini boleh menyediakan lebih 80 jenis masakan western & fusion food.
MENU
1. Smoked Duck Masak Lomak Pasta
First time min nak tengok gabungan fusion ini antara smoked duck dan masak lomak untuk pasta. Daging itik cukup rasa dan lembut sangat dan kuah masak lomak pekat betul ye geng. Memang cukup santan hahaha. Makan panas panas memang jadi sungguh!
2. Spicy Wonton Beef Minced Olio
Peminat wonton mee wajib order menu yang pedas pedas tambah dengan daging cincang yang banyak kuantiti dia. Chef yang masak okay confirm licin pinggan korang!
3. Spider Char Kuey Teow
Char Kuey Teow yang dibalut dengan telur macam spider web gitu. Char Kuey Teow lazat sangat dan portion besar okay. Kenyang sangat!
4. Chicken Roulade
Ini menu macam kat hotel itu korang dimana ayam tu lembut and cukup rasa. Hidangan yang sangat cantik dengan sos istimewa digunakan untuk menaikkan lagi selera korang.
5. Grill Lamb Shoulder
Daging tak liat lepastu saiz pun besar berpatutan dengan harga. Dihidangkan dengan sos black pepper yang pekat siap ada tambahan sayur sayuran yang segar seperti kubis dan jagung.
6. Som Som – Ice Cream Kelapa Gula Melaka
Jelly pandan yang ditabur dengan kelapa muda dan gula melaka yang manis manis. Makan dengan ice cream vanilla memang ngam habis! 10/10 untuk dessert ni okay.
Overall Avong Cafe ini memang cukup lengkap dari masakan mereka sehingga ke service yang tiptop. Makanan sangat berkualiti kerana dimasak oleh chef yang diiktiraf serta cafe yang sangat santai. Siap ada performance live band untuk hiburkan korang sambil makan hidangan premium setaraf hotel hotel luar sana.
Tagline Avong Cafe ialah “Hardwork Should be Rewarded by Good Food” so lepas penat penat bekerja bolehlah singgah di Avong Cafe untuk menikmati makanan premium ala hotel gitew.
Tunggu apa lagi korang cepat serbu dan booking makanan untuk raikan hari istimewa korang bersama pasangan dan keluarga korang di Avong Cafe yang dibuka setiap hari dari 4 petang sehingga 12 malam.
LOKASI
📍Avong Cafe
6, Jalan Medan Saujana 8, Medan Saujana, 34600 Kamunting, Perak
🗺️Google Maps : https://goo.gl/maps/cFyReyR5tqpgRx7dA
🗺️Waze : https://waze.com/ul/hw0zespew6
📱Facebook : https://web.facebook.com/avongcafe?locale=ms_MY
📱Tiktok : https://www.tiktok.com/discover/avong-cafe-taiping?is_from_webapp=1&sender_device=pc
☎️Phone : 019-773 6803