Korang yang dah lama tak balik kampung then mengidam masakan melayu kampung, meh min recommend satu port yang sesuai untuk korang. Nama kedai ini tersebut adalah Luboook Makan King yang terletak di Dengkil, Selangor. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, dari jam 11 pagi sehingga 5 petang. Tapi kalau lauk habis awal, berkemungkinan kedai diorang juga akan tutup awal.
Kedai ini sememangnya sempoi habis dan ala ala kampung sangat. Pilihan meja dan kerusi yang banyak, jadi jangan risau bawak je kawan kawan korang serta family ramai ramai datang makan masakan kampung disini. Yang penting korang kena datang awal kalau nak try semua lauk disini kerana kedai ini viral ye dan memang ramai pelanggan yang mahu try masakan kampung ini.
Apa yang bestnya Luboook Makan King Viral? Semestinya pilihan masakan kampung yang sangat banyak sehingga rambang mata korang masa nak order tu. Antara menu yang famous ialah Sotong Bakar Buncit, Perut Bakar, Kambing Bakar, Ikan Bakar Petai. Memang sedap sangat! Korang juga boleh try menu menarik yang lain seperti gulai kambing bekwoh, gulai daging kawah tranung, kari ikan utara, asam pedas holliau, masakan berlado, patin temerloh masak tempoyak, siput sedut masak lemak dan pelbagai lagi. Yang penting masakan kampung disini sangat sedap dan harga yang berpatutan.
MENU
1. Sotong Bakar Buncit
Korang boleh nilai sendiri saiz sotong yang disajikan disini dari rupa yang sangat menyelerakan serta saiz yang besar. Sotong yang digunakan sangat segar jadi isi sotong sangat lembut bila dimakan. Memang juicy habis ye sotong disini, korang wajib try!
2. Ikan Bakar Petai
Korang order menu ini dan makan dengan sambal kicap serta nasi panas panas memang ngam teruk ye! Rempah yang digunakan dalam masakan ikan bakar akan lagi menaikkan selera korang kerana resepi tersendiri kedai yang lain dari lain ditambah lagi ikan yang fresh setiap hari. Recommended!!!
3. Siput Sedut Masak Lemak
Peminat masak lemak kena try siput sedut disini yang memang berlemak dan pedas macam masak lemak Negeri Sembilan. Order jantung pisang serta nasi panas memang kena kenyang satu hari korang!
4. Kari Telur Ikan
Kari disini pun sangat sedap ditambah pula dengan telur ikan. Sangat mengeliurkan korang habis! Yang penting kena makan dengan nasi panas ye baru sedap hehe.
5. Teh Tarik Madu
Teh tarik yang memang padu teruk dengan pekat serta manis yang cukup! Saiz minuman yang besar memang confirm hilang dahaga korang.
Port viral ini semestinya wajib korang try dari segi pilihan makanan kampung yang sangat banyak sambil korang menikmati suasana kampung. Boleh mengubati rasa rindu dengan kampung korang ha. Overall makanan disini memang puas hati dari rasa dan portion yang banyak. Memang ala ala raja habis korang dihidangkan dengan makanan di Luboook Makan King Viral. Boleh kata semua yang bagi review kebanyakannya 9/10 atau 10/10 terus!
LOCATION
📍Luboook Makan King
No 31, Kampung Bukit Piatu, 43000 Dengkil, Selangor
🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/a5AYxS9bpEgPEwUP6
📱Phone : 017-286 1447
📱Facebook :https://web.facebook.com/LuboookMakanKingDJenderamHilir/?locale=ms_MY&_rdc=1&_rdr
📱Tiktok : https://www.tiktok.com/@luboookmakanking?is_from_webapp=1&sender_device=pc