Hi guys! Hari ni Min nak bagitau especially kepada pencinta buaian dan makanan Western yang Min ada jumpa port baru untuk korang singgah dan try. Restaurant ni menyediakan macam-macam makanan Western seperti Grilled Lamb. Kat mana ni? Semestinya di Double Knott Cafe, George Town.
Interior Design
Untuk korang yang suka main buaian atau nak rasa nostalgia zaman kanak-kanak, boleh duduk dekat seat buaian. Buaian ni ialah highlight Double Knott Cafe tau. Taknak duduk kat atas buaian? Jangan risau, seat biasa pun ada. Konsep minimalist dengan sentuhan flora menjadikan cafe ini selesa dan rasa tenang. Suasana dalam Double Knott Cafe juga mesra. Customer boleh spend time dan enjoy makan dengan friends dan family.
Menu
Double Knott ada menyediakan; Appetisers, Pasta Dish, Mains, Wraps dan Classics:
Appetisers
- Mushroom Soup – RM13.90
- Chili Con Pollo Fries – RM15.90
- Texas Nachos – RM17.90
- Buffalo Wings – RM16.90
- Calamari – RM16.90
- Cheesy Wedges – RM15.90
Pasta Dish
- Thai Tomyam Pasta – RM25.90
- M & Ham (Mushroom & Ham) – RM20.90
- P & P (Pasta & Percik) – RM24.90
- Pasta Masak Lemak – RM23.90
- Seafood Aglio Olio – RM24.90
- Arribiata Bolognese – RM23.90
- Chicken Carbonara – RM23.90
Mains
- Grilled Chicken – RM24.90
- Grilled Lamb – RM45.00
- Battered Dory – RM23.90
Wraps
- Chicken Fajita Wrap – RM18.90
- Beef Fajita Wrap – RM19.90
Classics
- Butter Rice & Ayam Percik – RM24.90
- Butter Rice & Grilled Herb Dory – RM23.90
Review Netizen
Selain daripada makanan yang disediakan, buaian di Double Knott Cafe juga mendapat pujian dari netizen di Google Review. Chicken Chop pula selalu dimention oleh netizen.
Konklusi
Min sangat recommend kepada netizen yang belum cuba Double Knott Cafe sebab ada macam-macam pilihan untuk para customer dari pilihan appetiser ke classics. For those yang nak makan di Double Knott Cafe sambil duduk atas buaian, confirm boleh bagi korang extra happy so siapa yang nak duduk atas buaian tu jangan malu-malu ok. Tak salah kalau sekali sekala nak rasa macam budak-budak. At least korang akan ada fun time dekat Double Knott Cafe. Haa, netizen yang dah try ataupun nak try Double Knott Cafe jangan lupa tinggalkan komen tau!
Nak tau lagi tempat menarik di George Town? Klik link ini: https://purpledurian.my/food-review/rasai-ice-cream-unik-di-urban-artisan-cafe/
Location & Info
Double Knott Cafe
📍90, Lebuh Gereja, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/57Sy8tHa2DKhv5qm9
⏰Waktu Operasi: 4.00 pm – 10.00 pm (ISNIN – KHAMIS) , 4.00 pm – 11.00 pm (JUMAAT – AHAD) (RABU CUTI)
📲Phone: 012-6996046
📲Website: https://double-knott-cafe.business.site/
📲Instagram: https://www.instagram.com/doubleknott_cafe/
📲Tiktok: https://www.tiktok.com/@doubleknott90
📲Facebook: https://www.facebook.com/doubleknottcafe
Article curated by Nada Fariza