Ludwig Softserve – Ais Krim dari Australia!

You are currently viewing Ludwig Softserve – Ais Krim dari Australia!

Harini dengan cuaca yang panas ni, Min rasa nak review satu kedai ice cream soft serve lah biar korang semua pun meleleh sama. Ludwig Soft Serve adalah sebuah kedai ice cream yang specialize dalam soft serve yang ramai suka tau! Softserve yang sedap berkrim ni dikatakan berkualiti premium dari Australia tau, so memang wajib kena cuba la!

Ludwig Softserve, Armenia street. Sumber: Google

Branch pertama dan paling cantik Ludwig Soft serve terletak di Georgetown, Penang tau. Penang ni memang tak asing lagi dengan makanan makanan yang sedap, kan? Dekorasi cafe ni sangat ‘Insta-worthy’ ya jadi jangan terkejut kalau korang sampai dekat sini tengok semua berbaris tunggu turn nak ‘OOTD’. Cafe ni juga sesuai buat pasangan kekasih yang nak dating sebab suasana romantik tu memang ada, tambah pula makan soft serve dia! Fuyoo, bertambah manis la korang punya pasangan hehe.

Spot paling cun nak OOTD. Sumber: Google

Untuk korang yang jauh nak pergi ke Penang, boleh singgah dekat Sunway Pyramid ya. Mereka dah buka second branch dekat sini tau!

Cafe ini menyediakan pelbagai perisa aiskrim soft serve dan waffle, ada juga pastry, kek dan beberapa menu minuman kopi untuk santapan selepas penat berjalan di kota Penang. Yelah, Penang kan selalu panas jadi kalau korang singgah sini dapat la sejukkan tekak dan puaskan hati dengan manisan manisan yang ditawarkan cafe ni. 

Harga dia bagi Min memang murah dengan kuantiti sate dalam setiap hidangan tu confirm mengenyangkan. Dengan rasa sate yang sedap ni murah pula tu, memang berbaloi giler kan?

Flavour soft serve kat sini bertukar-tukar ikut musim tau dan Min dengar cerita ia berubah setiap minggu! Harga cone soft serve kat sini RM13 (no toppings) tapi kalau korang nak topping tambahan ada extra charge tau. Yang available sekarang adalah flavours ni:

1. Himalaya Sea salt

Sumber: ludwigsoftserveau / tiktok

2. Gula Apong

Sumber: ludwigsoftserveau / tiktok

3. Durian Runtuh

Sumber: ludwigsoftserveau / tiktok

4. Hazelnut Dark Chocolate

Sumber: ludwigsoftserveau / tiktok

“Best soft serve in town. We tried 3 flavours. The flavours truly surprises us — Try it yourself and you’ll know how good it is.”

“Sweet and feminine deco inside the shop. Cosy and fully air-conditioned. The Ludwig served ice cream are all up to standards. Though a bit pricey. Staffs are polite.”

Pelbagai pilihan cone untuk dipilih. Sumber: Google

Selain rasa soft serve kat sini yang impressive, rupa soft serve dia pun sangat menarik tau! Comel je, memang geram nak makan. Cone dia diletak dalam display counter so korang boleh pilih nak yang mana sebab ada different design dan flavour! 

Nanti Min nak bawak kawan-kawan datang lepak sini sambil menyembang sambil ber-softserve!

📍Location:

Sunway Pyramid

LG2.08A, Lower Ground Two,

 Sunway Pyramid, 3, Jalan PJS 11/15, 

Sunway City, 47500, Selangor

Penang Branch

37, Lebuh Armenian,

 George Town, 10200 

George Town, Pulau Pinang

Website: https://www.ludwigsoftserve.com

Facebook: https://www.facebook.com/ludwigsoftserveau/ 

Instagram: https://instagram.com/ludwigsoftserveau?igshid=YmMyMTA2M2Y= 

TikTok: https://www.tiktok.com/@ludwigsoftserveau?_t=8Vo6Dnbtv1e&_r=1