Ladang, Zoo, Kebun Bunga dan Restoran Semuanya Ada di Farm Fresh at UPM

You are currently viewing Ladang, Zoo, Kebun Bunga dan Restoran Semuanya Ada di Farm Fresh at UPM

Mesti korang selalu dengar orang kata ‘Terbaik Dari Ladang’. Sekarang korang pun boleh nikmati yang terbaik dari ladang dengan makan di Farm Fresh at UPM dahulu dikenali sebagai The Acre at Farm Fresh. Kolaborasi antara syarikat susu jenama Farm Fresh dan Universiti Putra Malaysia (UPM) ni ada banyak benda yang korang boleh enjoy seperti ladang lembu, petting zoo, kebun bunga, dan yang paling penting; restoran untuk korang makan lepas enjoy bersiar-siar kat sana.

Sumber: Go Kelah

Diorang pun ada menawarkan pengalaman unik menjelajah dan meneroka ladang dengan menaiki traktor. Restoran The Acre ni menggunakan konsep farm-to-table ataupun terus dari ladang. The Acre ni popular dengan masakan tempatan dan Itali. Makan kat sini tenang je sebab korang boleh enjoy pemandangan hijau sambil tengok matahari terbenam ditemani dengan lagu jazz berkumandang di radio. Farm Fresh at UPM ni ditubuhkan oleh tuan Loi Tuan Ee. Beliau ni peminat agrikultur bermula dengan mengimport lembu-lembu Holstein Jersey dan membuka ladang di Johor.

Menu

Menu di sini lebih kepada masakan Itali dan Asia. Kalau korang jenis suka makanan Itali dengan Asian twist, boleh masuk dalam list korang.

1) Sambal Petai Pizza

Sumber: Instagram

Ni pizza lain daripada yang lain. Kombinasi pizza dengan sambal udang petai ni memang unik la. Kepada peminat petai memang boleh try ni. Kalau korang nak tahu, pizza di Farm Fresh at UPM semua dibakar menggunakan ketuhar arang, so ada rasa smoky tu.

2) Laksa Johor

Sumber: Facebook

Kuah laksa merah yang lemak berkrim dengan rasa masam, masin, pedas memang kik la. Memang kenyang dan best. Tak payah jauh jauh korang nak pergi Johor nun sana. Datang je kat Farm Fresh dah boleh layan Laksa Johor.

3) Ais krim gelato

Sumber: Facebook

Kalau nak pencuci mulut yang sejuk sejuk lepas makan laksa dengan pizza sambal petai tu boleh singgah kat Cream Hauz dekat Farm Fresh at UPM. Kat situ korang boleh beli aiskrim gelato pelbagai perisa. Fresh diperbuat daripada susu daripada lembu ternakan Farm Fresh. Memang terbaik dari ladang sungguh!

Review

Kalau dulu kena reserve sekarang boleh walk-in sahaja. Harga tiket macam kat bawah k. Btw ni harga untuk rakyat Malaysia je ya. Pelancong luar negara ada harga lain. Jangan lupa tunjuk IC masa nak beli tiket nanti.

Korang bolehlah bawa anak-anak dan seisi keluarga untuk spend quality time kat sini sambil enjoy ladang ni. Sesuai sangat untuk budak-budak dan bolehlah korang dapat ilmu tentang pemprosesan susu di Malaysia. Jangan lupa bawa topi sebab boleh tahan jugak panas kat sini. Pagi la paling best datang sebab tak panas sangat. Parking kat sini banyak je dan kemudahan seperti tandas pun ada dan bersih.

Untuk ramadan ni, dorang ada promosi tau. Kalau nak tahu, boleh tengok kat sini.

Lokasi

📍Farm Fresh at UPM (Selasa – Jumaat: 10:00 am – 5:00 pm, Sabtu – Ahad: 10:00 am – 7:00 pm) Isnin tutup
Jalan Maklumat, 43400 Seri Kembangan, Selangor
📞+6016-206 7133
🗺 Google maps : https://goo.gl/maps/A52Hj8JanGQSa9AUA
📱Instagram : @farmfreshatupm

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.