Harini min nak ajak korang makan sushi gabungan rasa antara Jepun dan Peru di Sushi Mastro Nikkei yang terletak di Kepong, Selangor. So korang dah tak pening kepala nak cari sushi kalau craving kerana di sini banyak pilihan sushi yang unik dan sedap belaka.
Mana-mana pencinta makanan yang bagus dan berkualiti wajib try makan di Sushi Mastro Nikkei sekurang-kurangnya sekali. Jadi apakah yang istimewa tentang restoran ini? Ha ini min nak cakap yang restoran ini menyajikan makanan Jepun dengan sentuhan Peru. Wow menarik sangat ini dan lain dari yang lain.
Ini apa yang min baca yang walaupun kedua-dua negara itu kelihatan tidak berkaitan, sebenarnya terdapat komuniti Jepun yang cukup besar yang tinggal di negara Amerika Selatan. Oleh itu, lahirnya masakan Nikkei, yang menampilkan resipi Jepun digabungkan dengan ramuan Peru.
Seperti biasa, restoran ini mengekalkan konsep Jepun klasik tetapi kelihatan sangat mewah dan elegan. Walau apa pun, persekitaran tempat makan amat selesa dan mesra untuk mana-mana pengunjung. Ini kerana ruang dalaman berhawa dingin yang selesa dan balkoni berangin yang menghadap ke kawasan kejiranan yang sibuk di Kepong ini.
Korang boleh berjam-jam di sini dengan senang hati, dihiburkan dengan lagu klasik muzik Sepanyol dan Afrika. Perkhidmatan di sini juga patut dipuji, dengan pelayan sentiasa bersedia untuk mengesyorkan hidangan istimewa hari itu dan menu signature restoran mereka.
Menu di sini sangat luas dan korang kemungkinan pening nak pilih apa untuk makan disini. Restoran ini recommend korang untuk try hidangan Ikejime Surtidas sebagai pembuka selera korang. Kemudian korang boleh order menu menu unik lain seperti Nikkei Edamame, Sopa Clara, Chawanmushi dan pelbagai pilihan sashimi.
Antara menu wajib korang patut try ialah Nikkei Salmon Mango kerana hidangan ini mempunyai gabungan Jepun dan Peru. Selain itu juga ada pilihan sushi style ala carte so senang korang pilih sushi yang berkenang di hati dan makan sepuas puasnya.
MENU
1. Ikejime Surtidas
Hidangan ini mempersembahkan korang dengan hirisan tiga jenis ikan ikejime iaitu siakap, ikan red snapper dan Malabar. Wow tak sangka ikan local pun turut digunakan dan setaraf dengan ikan salmon yang mahal itu.
Ikan siakap, ikan red snapper dan kerapu malabar Sushi Mastro sememangnya gred kelas sashimi, dengan rasa yang segar dan tekstur yang lazat, penuh isi. Ia adalah alternatif yang berbaloi, mesra dompet dan mesra alam kepada sashimi import konvensional – siakap berharga RM14 untuk tiga potong tebal, ikan red snapper dan kerapu RM18 setiap satu untuk tiga keping.
2. Nikkei Edamame (RM10)
Kacang peas yang boleh buat korang ketagih kerana kesedapan yang tak terkata. Dimasak dengan butter dan cili memberikan rasa yang lebih berlemak dan pedas. Recommended!!
3. Sopa Clara (RM28)
Sup makanan laut yang simple tetapi penuh dengan udang dan kerang yang fresh, ditambah lagi dengan cendawan dan rumpai laut. Hidangan ini juga diserikan dengan halia untuk menambahkan lagi rasa. Confirm sampai titisan terakhir korang hirup sup istimewa ini!
4. Chawanmushi (RM30)
Sajian ini sarat dengan udang yang juicy dan ikan kakap serta dengan telur ikan ketul disatukan secara harmoni dalam ramuan kastard telur lembut dengan sos truffle yang panas panas. Sangat sedap dan menarik!!
5. Nikkei Salmon Mango (RM58)
Potongan ikan trout fjord lautan diselingi dengan mangga segar, dengan topping telur salmon yang besar dan juicy menghiasi daging yang lembut. Confirm akan memberi kegembiraan kepada korang kerana presentation makanan sangat cantik dan menggiurkan.
6. Seafood Shirashizushi (RM75)
Menampilkan semangkuk nasi yang dihiasi dengan pelbagai jenis makanan laut termasuk salmon, barramundi, unagi dan Malabar. Sesuai untuk penggemar seafood okay!
7. Graham Cake
Dibuat dengan krim keju, biskut dan buah-buahan, ini adalah pencuci mulut yang menjadi lebih sedap dengan setiap gigitan. Sesuai sangat untuk sweet tooth menikmati kek yang sedap berlemak ini.
Overall menu menu di Sushi Mastro Nikkei sangat unik dan menarik untuk korang cuba. Dari hidangan simple ke luar biasa semuanya menggabungkan masakan Jepun dan Peru yang amat sedap. Ini masanya korang try sushi yang sangat premium dan tak dapat di restoran sushi lain.
Dengan menggunakan ikan yang sangat segar dan kebersihan yang amat dijaga rapi ketika handle makanan ditambah lagi restoran yang selesa apa lagi korang wajib datang. Makanan pun mostly pelanggan repeat sebab semuanya sedap sedap belaka. Jom singgah ke Sushi Mastro Nikkei di Kepong untuk mencuba sushi yang high quality!
LOKASI
📍 Sushi Mastro Nikkei
Unit 1-1, Fortune Centra, 2, Jalan Metro Perdana 6, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺️Google Maps : https://goo.gl/maps/8NboiEHj9avrfGwD8
☎️Phone : 012-312 4112
📱Facebook : https://web.facebook.com/sushimastro/?_rdc=1&_rdr
📱Instagram : https://www.instagram.com/sushimastronikkei/?utm_source=ig_embed&ig_rid=e66c98c8-865a-4969-8906-20760d012d99&ig_mid=A9E19A80-5530-4897-86EE-14864764BAE2&hl=en