Siapa sini suka ice cream? Mesti semua orang suka ice cream kan tapi pernah tak korang makan ice cream premium dari local brand. Haa.. hari ni min nak kenalkan dekat korang satu produk lokal tapi nampak macam produk import iaitu ice cream dari Appetit Village. Kalau korang nak tahu produk dari Appetit Village ni sangat bagus tau sebab setiap bahan dan penghasilan produk ini adalah dari penyelidik kejuruteraan makanan.
Ice cream yang dihasilkan oleh Appetit Village ni adalah hasil daripada kajian penyelidikan dan inovasi dari universiti. Founder Appetit Village ini adalah Dr. Nur ‘Aliaa Abd Rahman. Beliau lah yang mengkaji untuk menghasilkan ice cream yang sedap, sihat, dan premium ini.
Appetit Village ini juga memiliki beberapa buah cawangan ice cream cafe di beberapa tempat iaitu di Melaka, Putrajaya, dan Telok Panglima Garang. Semua cawangan ini memiliki dan menggunakan ice cream yang mereka hasilkan. Ice cream cafe mereka juga sangat cantik dan selesa untuk bawa anak-anak dan family santai-santai petang.
Selain itu, mereka juga menyediakan pelbagai jenis dessert untuk korang pilih seperti cakes, croffle, soft serve ice cream, frozen yogurt, dan banyak lagi. Min cakap tempat ni memang selesa untuk korang lepak sambil-sambil buat kerja. Nak ajak kawan-kawan iftar dekat sini pun boleh tau sebab mereka pun ada menu nasi. Nak tengok food review dari Appetit Village boleh klik sini.
Kalau korang nak tahu dekat mana lagi ada jual dessert seperti ice creams, cakes, dan waffles yang sedap-sedap korang boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/food-review/gula-cakery-syurga-dessert-di-shah-alam/
Menu Appetit Village
1. Ice Cream Kurma Susu
Pemanis mulut untuk buka puasa dan juga sahur. Ice cream ni menjadi pilihan ramai orang semenjak Bulan Puasa tahun 2021 lagi. Setiap kali bulan puasa ramai mencari flavour kurma susu ni tau sebab rasa dia soft & creamy sangat tau. Sedap sangat sampai boleh sambung lepas terawih.
2. Ice Cream Durian Musang King
Ini antara ice cream yang paling ramai orang pilih iaitu ice cream Durian Musang King. Rasa creamy, tak manis sangat dan dapat rasa asli durian musang king tu yang best tau. Flavour durian ada 3 tau iaitu durian musang king, durian kampung dan durian D24.
3. Froyo Mango
Froyo Mango adalah dessert yang disediakan di Appetit Village, Froyo ni bermaksud frozen yogurt tau. Min paling suka froyo lagi-lagi kalau tambah dengan buah-buahan segar rasa masam manis tu memang perfect lah.
Korang wajib datang ke Appetit Village ni dan rasa ice cream premium mereka memang sedap sangat boleh termimpi-mimpi tau. Korang kalau nak sambut birthday atau anniversary pun boleh book dekat sini, bawa semua kawan-kawan, anak-anak, dan family datang sini. Rasa sekali mesti datang lagi. Apapun kalau korang nak datang Appetit Village jangan lupa register membership dengan Club Cari Makan untuk dapatkan diskaun 10%. Bestnya makan pun dapat diskaun!
Location
📍 Appetit Village Rimbayu
7g, Jalan Aman Sinaria 4, Bandar Tropicana Aman, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/BjoYsEf2b7Q9iTrU9
📲Facebook: https://www.facebook.com/appetit.icecream/
📲Instagram: https://www.instagram.com/appetitvillage_hq/?hl=en
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@appetitvillage.hq