Honey Cafe by Jungle House: Destinasi Kulinari Eklektik di Bangsar

You are currently viewing Honey Cafe by Jungle House: Destinasi Kulinari Eklektik di Bangsar

Bangsar, salah satu kawasan yang paling viral di Kuala Lumpur, memiliki keunikan tersendiri dalam penawaran restoran kulinari yang menarik. Salah satu tempat yang harus korang  kunjungi adalah Honey Cafe by Jungle House. Kafe yang menawarkan pengalaman kulinari yang eklektik dan unik ini akan memanjakan korang dengan suasana yang menarik. 

Ketika korang mula melangkahkan kaki ke Honey Cafe by Jungle House, korang akan disambut dengan interior yang kaya akan suasana alam. Dekorasi yang terinspirasi dari keindahan hutan tropikal memberikan sentuhan hangat dan nyaman. Di sini, korang juga dapat menikmati hidangan dengan suasana yang damai dan santai.

Bagi korang yang tengah mencari kafe yang ada vibes desa jepun sekitar Selangor, boleh klik link ini untuk info.

Suasana Luar di Honey Cafe (google.com)
Suasana Luar di Honey Cafe (google.com)
Suasana Dalam di Honey Cafe (google.com)
Suasana Dalam di Honey Cafe (google.com)

Menu

Menu yang disajikan di Honey Cafe by Jungle House sangat pelbagai dan memikat selera. Mereka menyajikan hidangan klasik inggeris yang diperbarui dengan sentuhan moden. Salah satu hidangan yang menjadi Pilihan pelanggan adalah honey roasted chicken yang memenuhi selera. Rasa autentik hidangan ini akan membuat korang kembali lagi.Korang juga patut mencuba hidangan mereka Yang lain seperti salted egg spaghetti Dan juga Russian Honey Cake  yang memiliki kombinasi rasa unik yang pasti memberi sesuatu Yang baharu pada selera korang.

Pilihan Hidangan Menu di Honey Cafe (google.com)
Pilihan Hidangan Menu di Honey Cafe (google.com)

Honey Roasted Chicken

Potongan ayam Di Honey Cafe dicelupkan dalam campuran madu  yang manis, diberi sentuhan perapan rahsia yang mengandungi rempah ratus pilihan, dan dibiarkan meresap selama beberapa jam. Selepas itu, ayam ini dipanggang dengan teliti sehingga mencapai tempoh masak yang sempurna, memastikan tekstur yang lembut dan rasa yang mendalam.

Rahsia utama dari cita rasa yang sedap ini terletak adalah pada gabungan unik antara rasa manis  madu dengan rasa sedap daging ayam yang melimpah. Ketika ayam dipanggang, madu membentuk lapisan karamel yang ranggup dan memberikan aroma manis yang unik. Pada masa yang sama, daging ayam yang lembut menyerap  rasa madu, menciptakan kombinasi rasa yang sempurna. Selain itu, proses panggangan juga menghasilkan lapisan luar yang garing dan caramelized, memberikan sentuhan tekstur yang luar biasa. Dalam setiap gigitannya, korang dapat  merasakan kombinasi antara ranggup, manis, dan sedap yang memikat selera.

Honey Roasted Chicken di Honey Cafe (google.com)
Honey Roasted Chicken di Honey Cafe (google.com)

Salted Egg Spaghetti

Dalam hidangan yang sederhana namun menaikkan selera ini, Min dapat menyaksikan gabungan unik antara spaghetti al dente yang lembut dengan lapisan telur masin yang sedap. Spageti telur masin, hidangan yang semakin popular, menggabungkan tekstur spaghetti yang lembut dengan lapisan telur masin yang pekat dan berperisa. Setiap gigitan menghadirkan rasa sedap, creamy, dan sedikit manis yang memenuhi selera. Gabungan sempurna antara kemasinan telur masin dan pasta yang lembut menjadikan hidangan ini memikat bagi penggemarnya. Aspek utama hidangan ini terletak pada kesederhanaannya. Telur masin, dengan cita rasa yang tersendiri, memberi dimensi baru pada spaghetti yang biasa. Gabungan ini mencipta harmoni rasa yang unik. Setiap helaian spaghetti disaluti dengan lapisan rasa telur masin yang sedap.

Salted Egg Spaghetti di Honey Cafe (google.com)
Salted Egg Spaghetti di Honey Cafe (google.com)

Russian Honey Cake

Kek Madu Rusia, juga dikenali sebagai Medovik, adalah hidangan “Dessert” manis yang  istimewa dari negara Rusia. Kek ini terkenal dengan lapisan-lapisan lembut yang diperbuat daripada “Soft Cake” yang empuk, dicampur dengan krim manis. Gabungan rasa ini menjadikan Kek Madu Rusia sesuatu yang unik dan memikat selera. Kek Madu Rusia adalah gabungan sempurna manis dan sedikit lembut, dengan sentuhan harum madu yang kaya. Tekstur kek yang lembut dan krim yang halus menaikkan citarasa yang lembut dan menyelerakan di lidah. Kek ini menjadi pilihan yang sempurna bagi penggemar manisan.

Lapisan-lapisan kek madu yang menyelerakan memiliki kelembapan yang tepat, memastikan bahawa setiap gigitan adalah kenikmatan. Krim yang melimpah dan lembut memberikan keseimbangan yang sempurna dengan kek, menambah kelazatan dan memperkaya pengalaman rasa. Rahsia rasa yang tersendiri Kek Madu Rusia terletak pada penggunaan madu berkualiti tinggi. Madu ini memberikan profil rasa manis yang berbeza dan memenuhi seluruh kek. Penggunaan madu ini juga memberikan warna dan aroma yang khas kepada hidangan ini.

Russian Honey Cake di Honey Cafe (google.com)
Russian Honey Cake di Honey Cafe (google.com)

Review

Selain rasanya yang lazat, Honey Cafe by Jungle House juga terkenal kerana layanan yang ramah dan profesional daripada staf mereka. Staf mereka yang terlatih dengan baik akan membantu korang memilih hidangan dan minuman yang sesuai dengan selera korang. Mereka juga siap membantu jika korang mempunyai pertanyaan tentang menu atau membutuhkan rekomendasi.

Suasana yang tenang dan nyaman di Honey Cafe membuatnya menjadi tempat yang ideal untuk bersantai dan menikmati waktu bersama teman atau keluarga. Korang juga dapat menganjurkan pertemuan santai atau meraikan momen istimewa di sini. Kafe ini juga sesuai untuk pertemuan kerja atau sesi santai dengan rakan kerja.

Honey Cafe by Jungle House di Bangsar adalah destinasi kulinari yang wajib korang kunjungi jika korang  mencari pengalaman makan yang unik dan memuaskan. Dengan menu yang pelbagai, santai, dan layanan yang ramah, korang pasti akan meninggalkan kafe ini dengan senyum dan perut kenyang. Selamat menikmati pengalaman kulinari di Honey Cafe by Jungle House!.

Bagi korang yang nak menikmati hidangan waffle yang unik dan sedap, boleh klik link ini untuk info.

Lokasi

📍Honey Cafe by Jungle House

10, Jln Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/9eoTXYVcG4DokwKGA

⏰ Operation Time:Isnin-Ahad (10.00am-11.00pm)

Selasa (Tutup)

📞 Telephone Number: 012-203 0317

📲Instagram: https://instagram.com/junglehousemy?igshid=MWZjMTM2ODFkZg==

📲Tiktok: https://www.tiktok.com/@junglehousemy?_t=8fn0Dxqifm3&_r=1

📲 Websites: https://junglehouse.com.my/blogs/press-release/honey-i-m-home-jungle-house-opens-cafe-honey-concept-store-in-bangsar

Article Curated By Amir Haziq