Restoran TERMINAL 1 yang terletak di Batang Kali, Genting Highland amat popular kerana tarikan bangkal pesawat Hercules C130 yang terbiar menghiasi restoran yang menyediakan masakan melayu dan western sedap serta menarik. Memang menarik sebab korang boleh pilih nak makan indoor seating sambil menikmati pemandangan hutan hijau terutamanya di waktu malam sangat cantik atau membuat booking di dalam bangkal kapal terbang dahulu yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu masa.
Mereka yang menjamu selera di situ juga boleh menikmati pemandangan alam semula jadi dari bahagian rear ramp yang telah diubah suai apabila dijadikan seperti satu balkoni yang menghadap terus ke bahagian hutan. Pada sebelah malam, pemandangan menjadi lebih cantik apabila mentol lampu sepanjang kira-kira 150 meter yang menghubungkan kepala dan badan pesawat berkenaan dihidupkan, sekali gus menyaksikan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar.
Restoran berinspirasikan pesawat, korang boleh dapatkan hidangan berkonsepkan tempatan dan antarabangsa oleh chef yang berpengalaman. Antara menu popular yang menjadi kegemaran orang ramai disini adalah Mee Kuah Udang Galah, Rendang Rusa hinggalah ke masakan Barat dan ‘fusion’ seperti Itik Asap Bakar, Masala Batang Kambing Rebus dan banyak lagi menu menarik.
MENU
1. Mee Kuah Udang Galah (RM28)
Mee kuning yang dimasak dengan sangat flavourful, pedas manja dihidangkan dengan udang galah yang tebal isi serta segar. Kuah sangat pekat dan hidangan ini macam korang makan ala ala mee jawa. Ini memang menu rasa tempatan yang wajib korang try di sini!
2. Braised Lamb Shank Masala (RM65)
Hidangan yang datang dengan lamb shank yang amat besar bersama sos istimewa restoran ini. Min tengok sos itu sangat pekat dan tempting betul kalau makan. Daging lamb shank lembut sangat sebab kalau korang gigit memang melting je dalam mulut ha. 10/10 untuk menu ini!
3. Set Mangkuk Tingkat – Daging Batang Pinang Salai (RM70)
Set mangkuk Tingkat ada 3 jenis hidangan masakan tradisional kampung yang disediakan. Ia dihidangkan dengan daging batang pinai salai yang cukup berlemak, sayur campur dan telur dadar. Memang lengkap pakej kalau korang memang lapar sangat.
4. Grilled Smoked Duck Breast (RM35)
Peminat daging itik wajib cuba menu ini kerana lembut amat daging itik kemudian dihidangkan atas pinggan sangat cantik. Daging itik korang kena celup dengan sos masam manis wow memang terpukau korang dengan hidangan ini.
Restoran yang dimiliki oleh pemilik muslim ini beroperasi bermula pukul 12 tengahari sehingga 10 malam. Restoran yang sangat luas dan besar serta decoration yang amat cantik memberikan keselesaan maximum kepada korang. Harga pun sangat berpatutan dengan kelazatan hidangan yang disediakan. Yang penting parking senang saja kalau korang nak datang beramai ramai. Ditemani dengan kehijauan alam serta pengalaman melihat sendiri bangkal pesawat C-130, pastinya akan membuat korang terpegun dan teruja amat.
LOKASI
📍TERMINAL 1 – Domestic and International Cuisines
LOT 2026, Jln Batang Kali – Genting Highlands, Genting, 44300 Batang Kali, Selangor
🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/kMK99gQ57cEK5C7d6
☎️Phone : 0132899281
📱Facebook : https://www.facebook.com/Terminal1batangkali/