Cinnamon Rolls antara hidangan pastry yang agak susah untuk dapat di Malaysia. Mungkin ada juga yang jual tapi kadang-kadang rasa dia tak kena dengan selera kita dan tak banyak topping yang menarik kita boleh pilih. Tapi kali ni min ada jumpa satu artisan bakery yang jual cinnamon rolls dengan lebih 15 topping yang menarik. Bakery tersebut ialah Homebaker At Clover. Kalau korang nak tahu banyak sangat topping cinnamon rolls yang diorang buat sehari tau. Tapi ada juga mereka jual bagel, swedish knot, bapka loaf, pie, dan banyak lagi.
Di bakery ni banyak pilihan yang korang boleh pilih untuk dijadikan breakfast ataupun brunch sebab mereka juga menyajikan menu brunch dan beverages yang sesuai untuk makan bersama family dan kawan-kawan. Haa.. termasuklah geng basikal telah datang ke sini selepas habis aktiviti mereka tau.
Dekat sini korang boleh beli cinnamon rolls dengan 2 jenis box iaitu regular box dan mini box. Perbezaan harga pada size box dan juga cinnamon rolls dengan topping. Tapi korang walaupun harga berbeza, setiap set box tu masih murah lagi tau. Sangat affordable korang jangan risau ya. Ramai yang dah datang sini untuk rasa cinnamon rolls mereka sebab kat sini pastry dia semua fresh mereka bakar setiap hari. Tak percaya tengok food review ni. Nak cari lagi mana artisan bakery yang ada di Malaysia dan yang menyediakan pastry yang fresh dari oven boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/french-pastry-tapi-dihidangkan-dengan-style-korea-dan-japanese-sangat-aesthetic-aison-bakery/
Menu Homebaker at Clover
1. Classic Cinnamon Rolls
Flavor pertama yang korang kena rasa adalah classic cinnamon rolls. Rasa dia sedap sangat weh memang patut orang panggil bakery mereka ni pakar dalam buat cinnamon rolls. Rasa yang classic pun sedap sangat.
2. Pandan Gula Melaka Cinnamon Rolls
Pandan Gula Melaka antara topping favorite ramai pelanggan di bakery ni tau. Rasa manis dari gula melaka tu memang perfect nak pulak minum dengan coffee. Memang antara menu terbaik di Homebaker at Clover. Pastikan korang try flavor ni tau.
3. Peanut Butter Cinnamon Rolls
Penggemar peanut butter mesti ini akan menjadi pilihan korang. Satu combination yang sangat menarik korang. Rasa peanut butter dan cinnamon rolls yang lembut tu sangat perfect min suka sangat-sangat.
Jadi kepada korang peminat cinnamon rolls yang tak tahu nak cari cinnamon rolls dekat mana ni min dah bagitahu korang ya. Pastikan korang pergi cepat-cepat sebab takut banyak topping yang best dah habis. Sedih korang nanti. Setakat ini outlets mereka ada di beberapa kawasan iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Cyberjaya, Penang, Perak dan Negeri Sembilan. Nak tengok lebih details klik sini.
Ni pesanan khas untuk member Club Cari Makan kalau korang makan di Homebaker at Clover ni korang boleh dapat 10% diskaun tau. Jadi kepada yang belum register pergi register cepat nanti tak dapat diskaun tak best tau.
Location
📍 Homebaker At Clover Bukit Jelutong
28-G, Radia Commercial, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/qjyPn67BasCGbZju9
📲Facebook: https://www.facebook.com/homebakeratclover/
📲Instagram: https://www.instagram.com/homebakeratclover/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@cloverhomebaker