Pada awal tahun 2023 ada satu restoran F&B yang baru buka di Malaysia. Namanya adalah Richeese Factory. Restoran Richeese Factory ini telah viral beberapa kali pada awal tahun ini. Terdapat ramai influencer dari TikTok dan Youtuber hadir untuk cuba menu ayam pedas mereka. Ramai juga yang membuat challenge untuk cuba makan ayam pedas mereka ni. Min dengar ayam mereka pedas sampai keluar air mata. Wah ! betul-betul pedas ni. Siapa yang pernah makan di Indonesia pasti seronok sebab Richeese Factory dah buka di Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, Richeese Factory ni buka pertama kali di Indonesia pada tarikh 8 Februari 2011, bertempat di Paris Van Java Mal, Kota Bandung, Jawa Barat. Seiring dengan itu restoran mereka semakin berkembang outlet, kini Richeese Factory telah buka di bandar- bandar besar di Indonesia dan akan bertambah lagi di tahun akan datang. Dengan trademark BERANI CUBA? kini Richeese Factory telah memiliki 4 buah outlet di Malaysia iaitu di One Utama, Berjaya Times Square, Seremban dan Kiara Bay.
Kalau korang rasa berani makan pedas boleh cuba menu mereka. Mereka ada level 0 sehingga level 5. Tahap level 5 memang pedas sangat ramai yang susah nak habiskan. Tapi kalau korang berani nak cuba boleh pergi ke Richeese Factory. Nak tengok video review dari netizen yang dah cuba ayam mereka boleh tengok disini. Kalau korang nak try cari makanan yang best lagi boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/food-review/mahu-rasai-hidangan-korean-boleh-datang-ke-kh-korean-halal-bbq-segalanya-hidangan-korea/
Menu Richeese Factory
1. Fire Chicken 1pc (RM13.49)
Ini adalah menu bestseller yang berada di Richeese Factory. Korang boleh pilih nak level berapa bermula level 0 hingga level 5. Menurut mereka level 0 adalah ayam tanpa rasa pedas. Nak tahu berapa tahap kepedasan korang boleh cuba ni. Mereka ada jual set dan juga ala carte
2. Fire Flying Chicken Personal (RM16.49)
Haa ini pula set fire flying chicken personal. Untuk personal jadi mereka bagi satu ayam bersama serbuk istimewa. Korang juga akan dapat kentang putar, coleslaw dan cheese. Menurut pelanggan yang dah datang ke sini cheese mereka rasa biskut nabati tau memang sedap sangat.
3. Fire Flying Chicken Combo (RM53.99)
Ini adalah fire flying chicken combo. Menu ni pun bestseller tau sebab korang akan dapat satu ekor ayam bersama 3 air, 3 kentang putar, 3 coleslaw dan 2 cheese. Sesuai sangat kalau nak makan dengan kawan-kawan. Boleh makan 2-3 orang tau.
Menarik tak Richeese Factory ni. Peminat makanan pedas boleh lah datang untuk tahu betul ke korang boleh makan pedas. Kalau korang yang tak tahan pedas boleh lah ambil level 0 atau level 1. Level 1 pun boleh buat korang menangis tau. Setakat ini Richeese Factory hanya ada 4 outlet sahaja di Malaysia. Korang yang berada berdekatan dengan outlet mereka bolehlah cuba fire chicken mereka sedap sangat tau sesuai sangat makan dengan cheese mereka.
Location
📍 Richeese Factory One Utama
LG356, Rainforest, 1 Utama Shopping Centre, Central Park Avenue, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/xWWGpPcq4QdSinho6
📲Facebook: https://www.facebook.com/richeesefactorymalayasia/
📲Instagram: https://www.instagram.com/richeesefactory.my/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@richeesefactory.my?lang=en