30 Hari 30 Resepi Khairul Aming – Daging Dendeng

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:8 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairul Aming – Daging Dendeng

Selalu masa raya korang masak apa je? Mesti korang masak nasi impit, rendang, kuah kacang, dan kuah lodeh kan. Tapi korang pernah tak rasa daging dendeng yang sedap dan lembut ni. Kalau korang tak pernah rasa korang wajib buat untuk raya tahun ni sebab min yakin tak sampai sehari lauk ni mesti habis. Nak senang korang ikut je resepi Daging Dendeng dari Khairul Aming ni. Senang dan mudah je nak buat tau jom baca artikel ni sampai habis.

daging dendeng siap

Daging Dendang di padankan dengan nasi tomato dan acar memang terbaik. Jom kita cuba masak daging dendeng untuk raya nanti !

Bahan-bahan:

  • 1kg daging lembu
  • Kicap manis
  • 4 batang serai
  • Halia sebesar ibu cari
  • 4 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Cili kering segenggam (Nak cili kering yang tak pedas disini –> https://shope.ee/40AWI5qYvw)
  • 1 cawan kicap manis (Nak senang beli disini –> https://shope.ee/7zgf3NYcTc)
  • 3 helai daun limau purut
  • Air rebusan daging
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Air asam jawa (Asam jawa asli –> https://shope.ee/1q61gruVjE)
  • 6 biji cili padi merah

Cara-cara:

rebus daging

1. Mula-mula ambil 1kg daging lembu dan isi kan air untuk kita rebus dia bagi lembut. Korang boleh rebus selama 45 minit kalau masih keras boleh tambah air dan rebuskan lagi. Apa yang penting air rebusan daging jangan buang tau.

hiris daging

2. Bila daging dah masak dan dah lembut boleh kelurkan daging. Hiriskan daging nipis sebab kita nak tumbuk daging tu.

Tumbuk daging

3.Tumbukkan daging yang dipotong dalam lesung tapi jangan sampai hancur daging tu tau sebab kita nak daging tu tercarik sikit-sikit dan mudahkan bila nak makan.

perap dengan kicap

4. Kemudian, ambil kicap manis dan gaulkan dengan daging yang kita dah tumbuk tadi. Gaulkan sampai kicap tu betul-betul sebati.

goreng daging

5. Selepas dah siap gaul, kita gorengkan daging sekejap sahaja untuk bagi dia caramelised dengan kicap tadi.

goreng daging

6. Sediakan blender, kita blendkan 4 batang serai, halia sebesar ibu jari, 4 biji bawang merah, 6 ulas bawang putih, segenggam cili kering yang sudah direbus dan tambahkan air. Blend sampai betul-betul hancur.

stock daging

7. Selepas blender korang boleh tumiskan bahan-bahan tadi sampai dia kering dan tambahkan juga air rebusan daging sebanyak 1 senduk atau lebih.

masukkan kicap

8. Kacaukan sambal sehingga pecah minyak dan baru lah masukkan 1 cawan kicap manis. Kacaukan sampai sebati.

daun limau purut dan perasa

9. Kemudian, tambahkan 3 helai daun limau purut yang telah dibuang batangnya dan tambahkan juga perasa seperti garam, gula, air asam jawa sedikit dan serbuk perasa.

masukkan daging yang digoreng

10. Kacaukan sampai betul-betul sebati dan boleh masukkan daging yang kita goreng tadi.

Tambahkan cili yang ditumbuk

11. Gaulkan sampai semua daging kena sambal dan masukkan pula 6 biji cili padi merah yang telah diketuk nak bagi extra sedap.

daging dendeng 1

12. Siap lah kita punya daging dendeng.

Haa.. macam mana korang susah ke senang nak buat menu raya kali ni. Mungkin kerja dia banyak tau nak masak lauk ni tapi percaya lah memang sedap sangat resepi daging dendeng dari Khairul Aming kata. Peminat Khairul Aming pun ada ramai yang request nak resepi ni. Jadi kepada peminat daging korang boleh cuba masak ni masa raya atau open house nanti bersama nasi tomato dan acar memang terbaik ! Korang kalau nak tengok video resepi boleh tengok disini. Selamat mencuba semua !

Leave a Reply