Nak masak apa la kan sahur nanti, lauk pula habis makan masa berbuka tadi. Haa.. meh min sharekan satu resepi untuk korang buat dari Khairul Aming. Resepi ni Khairul Aming buat khas untuk menu sahur tau. Senang je nak buat tak perlu banyak bahan pun yang penting kena ada serbuk perencah ni. Menu sahurnya adalah nasi goreng pattaya. Sedapnya korang makan pulak panas-panas memang ons kan. Jom kita baca resepi nya untuk tahu macam mana nak buat nasi goreng pattaya Khairul Aming.
Senang je nak buat nasi goreng pattaya yang penting skill nak balut nasi tu dengan telur. Jom cuba masak !
Bahan-bahan:
- Nasi putih
- Isi ayam
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji cili padi
- Sayur frozen
- Perencah nasi goreng cina Seri-Aji (Nak mudah cari je rencah disini –> https://shope.ee/2fffdr4CBO)
- 2 biji telur
- Sos cili (Sos cili yang sedap –> https://shope.ee/3AbwEtLo4u)
- Timun
Cara-cara:
1. Mula-mula tumiskan 1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih yang telah dihiris nipis.
2. Masukkan pula isi ayam dan 3 biji cili padi yang telah potong kecil. Tumiskan semua bahan ini sehingga isi ayam tadi masak.
3. Dah nampak isi ayam mula masak, boleh tambahkan sayur frozen. Step ni kalau korang tak nak ikut pun tak apa sebab min tahu tak semua orang suka sayur frozen kan. Jadi tak letak pun tak apa.
4. Kemudian, letakkan pula nasi putih dan tambahkan perencah nasi goreng Seri-Aji. Kalau korang nak guna perencah nasi goreng lain pun boleh tak ada masalah. Tambahkan sehingga cukup rasa.
5. Gaulkan semuanya sehingga sebati dan rasa perencah tadi rata ke semua nasi. Lepas itu siaplah kita punya nasi goreng dan boleh ketepikan dulu nasi goreng tu.
6. Kemudian, pecahkan dua biji telur dan kacau. Sediakan 1 kuali yang betul panas dan masukkan telur tadi dan ratakan sampai dia nampak nipis. Tak perlu terbalikkan telur cuma tunggu telur masak dan boleh masukkan nasi atas telur tadi macam dalam gambar.
7. Lipatkan telur sehingga nasi betul-betul tertutup.
8. Sediakan pinggan letak diatas nasi tadi dan terbalikkan pan. Nasi goreng pattaya akan berada di atas pinggan dengan cantik.
9. Dah siap. Korang boleh hias dengan hirisan timun dan sos cili.
Mudah je kan buat nasi goreng pattaya dan rasa nasi goreng tu pun korang tak perlu risau termasin atau apa sebab dah siap ada perencah. Korang boleh pilih nak perencah yang mana. Mungkin akan sedikit susah dekat bahagian telur tu tapi min yakin korang boleh buat punya. Kalau korang nak tengok video resepi nasi goreng pattaya dari Khairul Aming boleh tengok disini.