Hari ni, min nak share sikit tentang Chef Selebriti Anis Nabilah. Beliah pernah mengacara rancangan Eat Clean with Anis, satu rancangan masakan di mana Chef Anis ajar resipi-resipi sihat. Mungkin juga korang pernah tengok rancangan masakan Icip Icip yang pernah popular masa tahun 2007.
Chef Anis Nabilah atau nama sebenar beliau Anis Nabilah Umaruddin memulakan debut ke dunia televisyen dengan menjadi hos rancangan masakan Icip-Icip, rancangan Malaysia pertama dari Asian Food Channel (AFC) sekaligus menjadi pengacara termuda di AFC. Beliau berjaya menarik perhatian produser dengan bercakap loghat utara kerana ibu dan neneknya berasal dari Penang.
Graduan Diploma Kulinari dari Institute Food of Malaysia (IFM) itu mula belajar memasak dari ibu tercinta sejak berumur 10 tahun lagi. Dari kecil, ibu beliau, Sharifah Bibi, selalu mengajar anak-anak untuk memasak di dapur sebagai ‘bonding time’ dan setiap seorang mempunyai tugas masing-masing.
Selepas Icip Icip, beliau menjadi hos rancangan masakan lain seperti Enak Tradisi, Sesedap Rasa, Selera dan rancangan masakan sihat, Eat Clean with Anis. Tetapi beliau banyak bekerjasama dengan saluran tv antarabangsa, AFC. Melalui AFC, beluiau menjelajah dunia sambil membawa resipi masakan Malaysia. Cara beliau yang ramah dan bersahaja berjaya memenangi hari penonton serata dunia. Beliau juga satu-satunya cef selebriti Malaysia yang muncul dalam program travelog My Taste of Hong Kong (TLC Asia) dan Eating Wild (AFC).
Beliau juga telah mengeluarkan buku resipi dengan kerjasama Thermomix yang bertajuk ‘Comfort Food for Thermomix by Chef Anis’. So, yang ada Thermomix kat rumah tu bolehlah try resipi-resipi beliau.
Pada tahun 2022, beliau dinobatkan sebagai Asean’s Most Influential Chef di Asean Food & Travel Awards yang berlangsung di Kuala Lumpur. Chef selebriti bawah naungan Universal Music Malaysia menggunakan platform beliau untuk terus mempopularkan masakan Malaysia ke serata dunia. Chef Anis juga aktif di media sosial dan selalu berkongsi tips masakan. Korang boleh follow beliau di Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube.
Nak tahu lagi siapa selebriti terkenal yang suka berkongsi ilmu masakan? Boleh baca artikel ni.
Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.