Berbuka puasa makan patin tempoyak dan bento di KiddokOi

You are currently viewing Berbuka puasa makan patin tempoyak dan bento di KiddokOi

Harini min nak share satu restoran yang banyak menu masakan pahang especially kepada pengemar patin tempoyak rasa asli pahang ha. Confirm kecur air liur korang bila menengoknya. Nama restoran yang min nak review adalah KiddokOi yang terletak di Bukit Jalil betul betul berhadapan dengan Pavilion Bukit Jalil. So lepas korang puas shopping di Pavilion bolehlah korang singgah di KiddokOi jika mengidam patin tempoyak dan bento yang unik sangat.

Tambahan lagi disini juga ada pelbagai menu bento yang sememangnya sangat worth untuk korang try. Boleh kata restoran ini semua ada dari masakan kampung ke ala ala makanan Jepun ye. Apa lagi korang bawak lah kawan kawan korang datang berbuka pada bulan Ramadan ini. Memang kenyang betul lepas makan di KiddokOi ha!

Bento (KiddokOi)
Bento (KiddokOi)

Restoran yang sangat simple tapi ruang yang luas untuk korang datang berbuka ramai ramai di sini. Meja makan dan kerusi sangat teratur dengan jumlah yang banyak jadi tak payah susah menunggu jika ramai orang ha. Memang selesa habis ye jika nak berbuka puasa disini menikmati patin tempoyak dan bento kesukaan korang ha.

Semestinya menu pilihan ramai pengunjung disini ialah ikan patin masak tempoyak yang begitu menyelerakan. Ditambah lagi dengan set bento yang besar untuk korang makan. Terdapat jugak menu lain seperti laksa, mee kari dan nasi lemak jika korang nak tukar selera ha tapi min suggest korang order menu fav ikan patin masak tempoyak ye!

Review JomKita
Review JomKita

MENU

1. Set Ikan Patin Masak Tempoyak (RM69.90/2 Pax)

Nasi panas dengan ikan patin masak tempoyak memang menyengat woi. Saiz ikan patin yang digunakan sangat memuaskan serta kuah tempoyak memang pekat. Lagi pekat lagi lah ketagih korang hirup kuah ikan patin masak tempoyak ini. Set ni sangat worth untuk korang try kerana terdapat menu lain di dalam set ini seperti sambal udang petai, pajerin nenas, bendi belacan dan pelbagai ulam ulaman untuk korang makan sekali dengan ikan patin tempoyak ini. Rasa memang asli Temerloh ye confirm menambah nasi korang ha.

Set Ikan Patin Masak Tempoyak (JomKita)
Set Ikan Patin Masak Tempoyak (JomKita)

2. Bento Combo (RM39.90/2PAX)

Dalam set bento terdapat dry chicken resepi tersendiri KiddokOi yang mana minimum pedas terutamanya untuk orang yang tak boleh makan pedas. Jangan risau daging pun ada ditambah lagi dengan spaghetti, taugeh, buah dan sambal. Kesemuanya sangat sedap serta berpatutan dengan harga.

Bento Combo (KiddokOi)
Bento Combo (KiddokOi)

Jadi korang tak payah susah susah nak ke Pahang semata mata craving ikan patin tempoyak kerana KiddokOi menyajikan menu ini untuk orang Selangor yang mengidam. Apa lagi korang jemput singgah di KiddokOi bersama keluarga korang untuk menjamu juadah disini terutamanya di bulan ramadan ini.

Korang yang mana nak ikan patin masak tempoyak di tempat lain boleh juga baca artikel ini, mana tahu korang berkenan nak datang ke sini pula selepas datang ke KiddokOi.
https://purpledurian.my/makan/viral/nasi-bamboo-sg-klah-nasi-buluh-viral-di-sungkai-perak/

LOCATION

📍KiddokOi
No 52-G Jalan Jalil 1, The Earth Bukit Jalil KL

🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/8TtHRWuupE3sxmra7
📱Phone : 017-286 1447
📱Facebook : https://business.facebook.com/hashtag/kiddokoi?source=feed_text&epa=HASHTAG
📱Tiktok : https://www.tiktok.com/@kiddokoi.kitchen

Leave a Reply