Sebelum ni, min banyak share tentang food influencer wanita yang popular kat negara kita ni. Sama juga untuk artikel ni, lagi-lagi kalau korang kenal influencer dengan username Yatie Kitchen atau nama sebenar beliau Nurhayati Zainol Abidin yang selalu popular lagi-lagi time bulan Ramadan ni. Wanita berusia 46 tahun ini merupakan seorang pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah hospital swasta. Sambil tu, beliau pun memulakan karier sebagai influencer makanan dengan 800 ribu followers di Instagram dan 90 ribu followers di TikTok. Kalau takde idea nak masak apa, buka je TikTok Yatie Kitchen. Datanglah inspirasi tu.
Jadi Viral
Beliau bukan sahaja tidak lokek berkongsi ilmu masakan malah, makanan pun sama. Viral pada tahun 2019, beliau berkongsi cerita seorang followers yang sedang mengandung mengidam lontong masakan beliau setelah ternampak gambar di Instagram. Beliau terus memasak lontong tersebut dan terlunaslah craving followers bertuah itu. Bertuah tuan badan dapat rasa air tangan Yatie Kitchen fresh fresh gitew. Nak tahu resipi lontong yang sampai buat orang mengandung terliur nak makan, boleh tengok kat sini. Min tengok pun min teringin jugak.
Kolaborasi dengan Adabi
Video resipi beliau mudah diikuti untuk sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia masakan ataupun nak upgrade skil di dapur. Beliau sudah banyak bekerjasama dengan pelbagai jenama-jenama popular. Pada bulan puasa tahun 2022, Yatie Kitchen buat kolaborasi dengan Adabi untuk 30 Resipi Ramadan Adabi & #MasakKeMasalah. Semua ada dekat YouTube channel Adabi Malaysia Official. Terserlahlah karakter Yatie Kitchen yang comel je. Memang menghiburkan.
Sekarang ni beliau pun dah ada keluarkan buku resipi yang korang boleh beli. Dalam tu ada semua kompilasi resipi-resipi beliau. Senang je nak rujuk time memasak. Beliau juga ada keluarkan produk-produk masakan seperti bawang goreng dan sambal yang boleh korang beli.
Kalau korang nak lebih konten dari Yatie Kitchen boleh juga follow beliau di Facebook. Kalau nak tahu lagi siapa influencer wanita yang selalu buat kolaborasi dengan jenama terkenal, boleh baca artikel ni.
Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.