30 Hari 30 Resepi Khairulaming – Agar-Agar Buah

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairulaming – Agar-Agar Buah

Menu untuk puasa keempat dari Khairulaming adalah agar-agar buah. Kalau tak silap min Khairulaming dah pernah buat tau resepi ni 4 tahun lepas tapi Khairulaming kata dia nak upgrade sikit dari resepi sebelum ini. Maknanya resepi kali ini akan double sedap la kan. Agar-agar buah ni boleh dikategorikan sebagai dessert la kan.

agar-agar buah

Agar-agar buah ni boleh makan semasa berbuka puasa atau makan untuk moreh nanti. Makan sejuk-sejuk memang sedap dan fresh sangat rasa dia.

Bahan-bahan:

  • Tembikai (1 biji / ½ biji)
  • Mangga
  • Kiwi
  • 1 tin laici (Nak laici yang murah dan sedap klik sini –> https://shope.ee/8ew2hydXSC)
  • Serbuk agar-agar
  • Air
  • Daun pudina
  • Gula

Note: Gunakan buah apa-apa pun boleh asalkan korang suka buah tu. Tapi anggur tak boleh sebab takut agar-agar pecah dan agar-agar buah tak jadi.

Cara-cara:

Potong tembikai

1. Potongkan sebiji buah tembikai macam dalam gambar. Kalau korang nak ½ biji tembikai pun boleh tiada masalah.

Scoop isi tembikai

2. Scoop kan isi tembikai menggunakan scoop aiskrim atau korang nak gunakan sudu pun boleh asalkan ada bentuk kan. Isi boleh asingkan dan lebihan isi tembikai boleh korek dan ketepikan.

potong buah

3. Kemudian, potongkan buah-buahan lain seperti mangga, dan kiwi. Untuk laici korang tak perlu potong tapi korang boleh ketepikan air laici tu sebab kita nak gunakan buahnya sahaja.

campurkan buah

4. Selepas itu, masukkan kesemua buah-buahan tadi kedalam tembikai dan gaulkan sehingga semuanya bercampur.

serbuk agar-agar

5. Korang boleh sediakan air dalam periuk dan masukkan serbuk agar-agar yang korang gunakan. Sukatan air dan gula mengikut serbuk agar-agar korang tapi korang boleh je kurangkan gula kalau tak nak manis sangat.

letak daun pudina

6. Bila agar-agar dah mendidih boleh masukkan daun pudina dan kacau sehingga daun pudina nampak layu dan keluarkan daun pudina tersebut.

tuang agar-agar

7. Lepas itu, korang boleh tuangkan agar-agar kedalam buah-buahan yang kita letak dalam tembikai tadi dan kacau-kacau sikit untuk buang bubble dalam agar-agar tadi.

agar-agar buah dah siap

8. Rehatkan agar-agar di luar dalam 15 minit dan selepas 15 minit boleh masukkan ke dalam peti sejuk.

potong agar-agar buah

9. Selepas beberapa jam boleh keluarkan dari peti sejuk dan potongkan dalam saiz yang kecil untuk mudah dimakan.

Dah siap boleh lah kongsi dengan keluarga semasa berbuka dan moreh nanti. Makan sejuk-sejuk dan berkongsi memang buatkan agar-agar buah ni jadi 3 kali lagi sedap dari biasa tau. Korang boleh la cuba resepi ni bahan-bahan pun senang je nak cari. Kalau buah yang Khairulaming tunjuk tu korang tak suka, korang boleh je gunakan buah lain kecuali anggur sebab kulit dia licin takut agar-agar buah tak menjadi.

Korang kalau nak tengok video Khairulaming yang lagi jelas mengenai resepi ni boleh klik sini. Selamat mencuba korang !