Limau Nipis: Dulu Jurutera, Sekarang YouTuber Dengan Income 5 Angka

You are currently viewing Limau Nipis: Dulu Jurutera, Sekarang YouTuber Dengan Income 5 Angka

Jadi suri rumah ni sebenarnya sangat memenatkan. Nak kemas rumah, kejar anak, uruskan suami, masak dan macam-macam lagi. Tapi kalau dengar zaman moden sekarang ni, jarang perempuan yang ada kerjaya yang stabil nak tinggalkan semua untuk jadi suri rumah.

Lain pula kes Nur Hidayatul Sazli yang letak jawatan sebagai jurutera petroleum demi menjadi suri rumah sepenuh masa. Tapi, beliau tak berhenti tanpa ada pelan tau. Hidayatul ataupun korang lebih kenal beliau sebagai Limau Nipis adalah influencer makanan terkenal di Malaysia. Min tau ramai yang rajin pergi website Resepi Limau Nipis untuk cari resepi-resepi nak masak apa untuk diri sendiri dan keluarga.

Sumber: Harian Metro

Pengorbanan wanita yang berasal dari Kedah ini untuk keluarga membuahkan hasil. Beliau bukan sahaja ada lebih masa untuk keluarga tetapi dapat menjana pendapatan lima angka sebulan sebagai influencer. Beliau mula upload video di YouTube pada Mac 2016 untuk tujuan perniagaan. Tetapi selepas video yang dimuat naik mendapat sambutan, beliau terus mengambil peluang untuk menjadi influencer makanan menggunakan YouTube sebagai platform utama. Dengan bantuan suaminya, Ahmad Muzakkir sebagai juruvideo, kini beliau telah meraih 600,000 subscribers dan dapat Silver Play Button. Tak lama lagi boleh lah dapat Gold Play Button pula.

Sumber: Harian Metro

Beliau sudah memuat naik lebih 500 video dalam bahasa Malaysia dan Inggeris dan menerima banyak komen positif mengenai teknik masakannya. Beliau kini berkembang di platform media sosial lain seperti Instagram dan telah meraih lebih 1 juta followers di Facebook dan TikTok.

Ada lagi food influencer wanita yang sama level dengan Limau Nipis. Korang kenal tak? Kalau tak, boleh baca artikel ni.

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.