AdikFoods Berkongsi Menu & Nostalgia Sebagai Hobi

You are currently viewing AdikFoods Berkongsi Menu & Nostalgia Sebagai Hobi

Adakah korang seorang adik? Kalau ya, korang adik yang macam mana? Kalau min, min adik yang suka makan. Tapi tak macam AdikFoods yang hobinya suka memasak untuk keluarga.


Adik Foods ataupun nama sebenar beliau Faezah Binti Sufian ialah influencer makanan yang selalu berkongsi menu masakannya Instagram dan Facebook. Bermula pada tahun 2016, Faezah memulakan karier sebagai food influencer setelah dicadangkan oleh sahabat baiknya. Nama “AdikFoods” dipilih kerana “Adik” adalah nama panggilan beliau di kalangan keluarga. Resepi-resepi yang beliau kongsikan menggamit nostalgia kehidupan beliau sepanjang membesar. Selain itu, resepi-resipi Faezah mengingatkan beliau kepada almarhum ibu yang meninggal ketika beliau masih berumur 11 tahun.

Sumber: GetCraft

Sokongan Keluarga

Setiap pos beliau akan berlatarkan muzik nostalgia dari era 40-an hingga 70-an, bagi mengingati kenangan beliau bersama ibu tercinta. Cara penyampaian video beliau yang penuh jenaka tersirat menarik follower-follower untuk bertandang ke akaun media sosial. Walaupun beliau seorang wanita berkerjaya di syarikat swasta, beliau sentiasa meluangkan masa untuk keluarga dan membuat konten melalui masakan beliau. Keluarga memberikan sokongan penuh dengan membantu membeli barang, merakam video serta memantau akaun media untuk komen dan maklum balas.

Sumber: Facebook

Bereksperimen dengan Makanan

Selain daripada resepi tradisi, beliau juga suka bereksperimen dengan pelbagai jenis makanan ketika melancong. Antaranya seperti pumpkin bua loy yang berasal dari Thailand dan masakan fusion dari resepi makanan western dan Melayu. Kreativiti menjadi asas beliau untuk terus memasak dan membuat konten. Ini adalah untuk memastikan beliau tidak pernah kering dengan idea-idea baru sebagai perkongsian. Faezah terus membuat konten untuk mendorong follower-follower beliau untuk memasak kerana “air tangan” adalah kekuatan untuk terus mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bagi beliau, memasak dan berkongsi makanan membuatkan diri dan keluarga terus tersenyum. Memasak adalah untuk mengimbau nostalgia dan mencipta memori baru untuk masa hadapan. AdikFoods juga berkongsi resepi di YouTube dan TikTok.


Nak tahu siapa lagi influencer yang suka berkongsi resepi masakan yang penuh nostalgia? Boleh baca artikel ni.

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.