Suraya Seafood – Cakoi Unik dan Pulut Mangga padu di Kampung Baru

You are currently viewing Suraya Seafood – Cakoi Unik dan Pulut Mangga padu di Kampung Baru

Suraya Seafood ialah restoran yang menghidangkan anda menu berasaskan seafood di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Walaupun dikenali dengan nama  Suraya Seafood, di sini anda boleh dapatkan cakoi dengan bentuk yang agak unik.

Suraya Seafood
Facebook: Suraya Seafood

Macam min bagitahu awal-awal tadi, Suraya Seafood ni bukan sahaja hidangkan anda seafood ala thai, tapi juga terdapat menu yang pelbagai yang disediakan untuk pilihan anda. 

Selain itu, min share juga beberapa makanan yang anda mesti cuba kalau datang ke Suraya Seafood. Suraya Seafood ni memang meriah dengan kedatangan pengunjung. Ramai juga yang sanggup tunggu masa yang agak lama untuk dapatkan makanan favourite masing-masing.

Review Netizen
Tik Tok: Darul Santak

Cakoi ni memang popular dalam kalangan pelanggan di Suraya Seafood.Min share gambar cakoi unik ni untuk anda. Kalau anda biasa makan cakoi, bentuk cakoi yang anda selalu lihat agak lain daripada cakoi yang dihasilkan oleh Suraya Seafood ni kan? Jom tengok review cakoi di sini. https://vt.tiktok.com/ZS84Bw4dE/

2. Pulut Mangga

Pulut mangga antara makanan yang famous di Suraya Seafood. Pengunjung yang datang ke sini kata, pulut mangga Suraya Seafood memang sedap dan berbaloi. Ada juga yang kata pulut mangga Suraya Seafood memang favourite mereka. Anda boleh dapatkan Pulut Mangga ni dengan harga serendah RM 6.00.

3. Kerabu Mangga

Bagi Kerabu Mangga pula, ia dijual dengan harga serendah RM 7.00. Memang kebanyakkan pengunjung yang datang akan cari kerabu mangga yang sedap ni. Walaupun terpaksa berbaris panjang dan lama menunggu, pengunjung tetap berpuas hati dengan harga dan hidangan yang disediakan.

4. Mee Hoon Soup

Harga sup yang ditawarkan di sini bermula dengan harga RM 7- RM 15.50.Kalau anda nak makan sup, boleh try Mee Hoon Soup. Sup ni ada campuran isi ayam dan daging lembu. Kalau belum pernah try lagi, anda memang patut cuba Mee Hoon Soup dari Suraya Seafood ni. Min nak share juga kalau nak makan bubur nasi berlauk yang murah dekat Kuala Lumpur boleh baca artikel ini. https://purpledurian.my/food-review/bubur-nasi-berlauk-viral-bubur-nasi-melawati/

REVIEW

Jadi tunggu apa lagi, anda yang berada berdekatan Kampung Baru bolehlah datang beramai-ramai ke Suraya Seafood dan cuba beberapa menu menarik. Jemput semua datang cuba dan komen!

LOCATION

📍Suraya Seafood

Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺Google maps: https://maps.app.goo.gl/h7Qy46eGucKSaHZk6?g_st=ic

📞Phone: 017-396 2230
📲Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063680405763&mibextid=LQQJ4d
📲Instagram: https://instagram.com/suraya_seafood?igshid=YmMyMTA2M2Y=