Kafe Kleptokrat: Vintage dan Vegan-friendly dengan Portion Banyak!

You are currently viewing Kafe Kleptokrat: Vintage dan Vegan-friendly dengan Portion Banyak!

Dah nak raya ni, kan. Baju baru pun dah beli. Kalau dah tak sabar nak OOTD, jom pergi ke Kafe Kleptokrat di Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur. Kafe yang berkonspkan vintage ni popular sebab lokasinya yang strategik dan bangunannya yang dibina pada tahun 1920 tau! Maknanya bangunan ni dah berusia lebih dari satu abad. Dah ada masa zaman sebelum merdeka lagi. 

Kafe ni terletak berdekatan dengan Menara Maybank, belakang Hotel Arena. Kalau naik LRT Laluan Ampang atau Kelana Jaya, boleh turun di stesen Masjid Jamek dan lepas tu kena jalan sedikit la. Kalau naik kereta, bersedialah sebab kat situ memang susah nak parking. Tempat parking berbayar ada so sediakan duit ya. Parking betul-betul depan kafe takde. Boleh je parking. Tapi bersedialah kalau kena saman DBKL. 

Kafe ni ada dua pintu masuk; pintu depan dan pintu belakang. Rupanya, pintu belakang ada hiasan mural dan korang pun boleh bergambar kat situ. 

Sumber: Cafe Culture

Kalau nak pergi sana, jangan lupa pakai cantik-cantik supaya korang bolehlah berOOTD lepas makan nanti. Posing je kat tepi kolam dengan buaian. Komen sikit korang rasa apa yang sedap kat situ. 

Dekorasi dalam kafe ni memang bagi vibe klasik dan hipster, sesuai sangat kalau korang nak posing untuk Instagram atau TikTok. Nak makan pun memang feel la. Banyak meja yang korang boleh pilih. Nak duduk tingkat atas? Bilik private? Tepi kolam? Semua boleh. Jangan terjun kolam je sudah. Kolam tu bukan untuk rekreasi, cuma estetik sahaja. Tapi kalau cuaca panas-panas boleh sejuk sikit mata korang pandang air dalam kolam tu dan dedaunan hijau di sekeliling korang. Memang ‘feel’ sungguh! Makanan yang sedap pun jadi lebih sedap. 

Menu

Sumber: Facebook

Cakap pasal makanan, menu di Kafe Kleptokrat ni memang banyak dan best-best belaka. Kalau korang nak makan makanan tempatan pun ada, menu western pun ada. Boleh tengok yang full kat sini.

1) Lontong

Sumber: Facebook

Antara menu yang sedap di sini ialah menu lontong dia yang banyak jenis. Tapi yang min suka ialah Lontong Daging Salai. Memang umph! Kuah lontong yang lemak pekat berkrim dan daging salai yang empuk, memang berbaloi. 

2) Cheesecake

Sumber: Instagram

Kek pun ada dijual di sini kalau korang rasa nak makan makanan manis. Salah satu kek special diorang ialah Cempedak Madu Burnt Cheesecake. Ha! Rare, kan?

3) Makanan Vegan

Sumber: Instagram

Kepada pembaca-pembaca yang vegan, no worries. Kafe Kleptokrat got you! Ada makanan vegan sekali kat sini. Antaranya vegan lontong, vegan nasi lemak dengan rendang tauhu dan lontong kering dengan rendang tauhu. Yang manis-manis macam smoothie bowl pun ade. Yang tak vegan pun boleh makan sebab sedap dan healthy gitu.

Review

Harga makanan kat sini dia agak mahal tapi dengan porsi yang banyak tambah pula dengan suasana yang best, memang confirm korang akan kenyang dan rasa berbaloi sangat. Berbanding dengan western, menu masakan tempatan lebih banyak di kafe ni. Kepada sesiapa yang suka makanan lokal ataupun vegan, boleh try makan kat sini. Tak lama lagi diorang akan ada menu istimewa Ramadan tau. Ni diorang bagi teaser dulu. 

Lokasi

📍Kafe Kleptokrat

18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

📞+6017-642 8052

🗺 Google maps : https://goo.gl/maps/6i6xG6WcpjJAK3Pv9 

📱Instagram : @kafe_kleptokrat

Kalau nak tahu mana lagi tempat makan menarik di area Kuala Lumpur yang berdekatan, boleh baca artikel ni

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.