Sejak menu rahmah diperkenalkan pada awal tahun 2023, terdapat banyak restoran di seluruh Malaysia yang menyertai kempen ini. Kempen Menu Rahmah adalah inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) dan pengusaha restoran serta gerai makan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menyediakan makanan harian tidak lebih daripada RM5.00 untuk satu hidangan.
Menu Rahmah McDonald
Baru baru ini, terdapat banyak fast food restaurant yang turut menyertai kempen menu rahmah ini, termasuklah McDonald’s. Kini anda boleh mendapatkan beberapa pilihan makanan mereka dengan harga RM5.00 sahaja. Menu rahmah yang ditawarkan McDonald’s ialah Chicken Burger, Bubur Ayam Mcd, atau McEgg bersama dengan teh ais limau bersaiz kecil.
Kalau korang nak baca tempat yang menawarkan menu rahmah di Pulau Pinang, boleh click link ini ya.
Promosi McDonald’s
1) Foldover Daging & Foldover Ayam
Dah alang alang bercerita tentang McDonald’s ni kan, meh sini min nak kongsikan promosi yang mereka tengah ada. Salah satunya ialah ‘Foldover Goodness’ dengan roti pita yang lembut, bersama dua kepingan patty ayam atau daging yang juicy, ditambah dengan sos bawang atau sos istimewa! Fuh… nampak sedap. Kalau korang ada kesempatan, jangan lupa cuba menu ini ya!
Harga
‘Chicken Foldover’ dengan Sos Bawang Putih/ Sos Istimewa: RM 14.06
‘Beef Foldover’ dengan Sos Bawang Putih/ Sos Istimewa: RM 14.62
2) McFlurry Blueberry & Pai Keju Karamel
Untuk melengkapkan hari anda, korang jangan lupa order menu pembuka selera McDonald’s ya. Dengan pilihan seperti McFlurry Blueberry atau Pai Keju Karamel, confirm peminat makanan manis akan suka menu ini.
Harga
McFlurry Blueberry: RM 8.58
Pai Keju Karamel: RM 5.33
Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.