Jom ketahui apa itu Menu Rahmah ! Menu Rahmah adalah satu inisiatif dari Kerajaan untuk membantu golongan B40 dan Asnaf. Hal ini adalah untuk memastikan mereka mampu membeli makanan dengan harga yang berpatutan dan harga yang jauh lebih murah.
Untuk pengetahuan korang penyediaan Menu Rahmah ini perlulah seimbang dengan merangkumi karbohidrat seperti nasi, memiliki protein seperti ayam, daging, dan ikan juga memiliki sayur-sayuran. Dalam satu hidangan perlulah memiliki semua perkara ini dan ia juga perlu ditawarkan dengan harga yang lebih murah seperti RM5.00 untuk satu hidangan. Harga yang lebih murah mesti lagi senang orang nak beli kan.
Jom kita tengok 5 tempat yang sediakan Menu Rahmah di kawasan Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan lepas ni korang bolehlah singgah makan disitu.
1. Aeon Big Penang Bukit Minyak
Tempat pertama yang memiliki Menu Rahmah adalah Aeon Big Penang Bukit Minyak. Mereka menyediakan pelbagai nasi dan lauk setiap hari. Macam yang korang tengok pada gambar di atas setiap hari lauk yang berbeza-beza. Harga pun murah betul hanya RM4.95/set sahaja. Bagi min harga ni sangat berpatutan untuk golongan B40 dan Asnaf.
Korang boleh pergi ke Aeon Big Penang Bukit Minyak untuk dapatkan makanan dengan harga yang murah ini bermula pada 20 Februari hingga 19 Mac 2023. Masih sempat lagi tau kalau korang nak beli dan bukan itu sahaja yang Aeon Big tawarkan tapi ada juga makanan lain seperti roti dan lain-lain. Kalau korang berminat boleh hadirkan diri ke Aeon Big Penang Bukit Mertajam.
📍 Aeon Big Penang Bukit Minyak
9, Tingkat Bukit Minyak 1, Taman Bukit Minyak, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Google Maps: https://goo.gl/maps/TJWDogfjwh8xmyzP7
Facebook: https://www.facebook.com/AeonBigBukitMinyakBM?mibextid=LQQJ4d
Instagram: https://instagram.com/aeonbigbukitminyak?igshid=YmMyMTA2M2Y=
2. Bubblebee Permatang Pauh
Bubblebee by Shuib juga antara cafe yang tersenarai dalam menyediakan Menu Rahmah tau. Bubblebee di Bukit Mertajam dan juga di cawangan lain telah menyediakan 5 menu yang dapat dicuba oleh golongan yang tidak berkemampuan. Antara menu tersebut ialah:
- Honey Milk with Black Pearl
- Honey Ice Cream
- Black Series Ice Cream
- FrizB Strawberry
- FrizB Mango
Ini adalah menu yang disediakan oleh Bubblebee untuk semua orang merasainya dengan harga yang sangat murah. Bagi Shuib beliau ingin semua golongan merasa Bubblebee jadi semua menu di atas adalah berharga RM5.00 sahaja.
Murah sangat kan korang. Bestnya ! Min paling suka honey ice cream tau. Korang jangan lupa singgah di Bubbleebee Bukit Mertajam atau di cawangan yang berdekatan dengan kawasan korang. Menu Rahmah ini bermula dari 18 Februari hingga 18 Mac 2023.
📍 Bubblebee Permatang Pauh
96, Lorong Perda Utama 3, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Google Maps: https://goo.gl/maps/yy2BpRSq3LvKbEbs6
Facebook: https://www.facebook.com/bubblebeemalaysiahq/?mibextid=LQQJ4d
TikTok: https://www.tiktok.com/@bubblebee_permatangpauh?_t=8aTCyaMgWWo&_r=1
Instagram: https://instagram.com/bubblebeemalaysia?igshid=YmMyMTA2M2Y=
3. Pak Mat Western Bukit Mertajam
Pak Mat Western adalah satu restoran yang popular sekarang dimana-mana media sosial mesti ada Pak Mat Western. Untuk pengetahuan korang Pak Mat Western juga turut serta dalam menyediakan set makanan bagi Menu Rahmah. Antara menunya ialah Nasi Lemak dan Nasi Lemak Telur Mata. Tapi apa yang mengejutkan min Pak Mat Western ni jual Nasi Lemak hanya 0.90 sen je tau. Fuh! Murah sangat ni bukan RM1 bukan RM2 tapi 0.90 sen.
Kalau korang makan untuk 2 orang dan korang order Nasi Lemak (0.90 sen), Nasi Lemak Telur Mata (RM1.50), Teh Tarik (RM1.00) dan Kopi O (RM1.00) harga ke semuanya hanya RM4.40. Eh tak masuk akal betul kan, tapi itulah keistimewaan Pak Mat Western.
Menu Rahmah di Pak Mat Western bermula dari 1 Mac 2023 hingga 1 Mac 2024. Haaa ada masa setahun untuk korang cuba Nasi Lemak Pak Mat Western. Apa tunggu lagi.. Serbu sekarang!
📍 Pak Mat Western Bukit Mertajam
No. 6 Jalan Industri Tangkas 2 Taman Industri Tangkas Kampung Sekolah, Juru, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Google Maps: https://goo.gl/maps/9ZKqMna2K8EASxEKA
Facebook: https://www.facebook.com/pakmatwestern?mibextid=LQQJ4d
TikTok: https://www.tiktok.com/@pakmatwestern?_t=8aTDi2BmGUD&_r=1
Instagram: https://instagram.com/pakmatwesterncafe?igshid=YmMyMTA2M2Y=
4. MarryBrown Mydin Bukit Mertajam
Siapa dekat sini minat MarryBrown? Min la jawapannya. Tidak ketinggalan juga salah sebuah restoran fast food MarryBrown turut menyajikan Menu Rahmah kepada pelanggannya. Ini MarryBrown Mydin di Bukit Mertajam telah menyediakan dua menu yang menarik untuk peminat MarryBrown. Dua menu yang disediakan ialah Menu Rahmah Burger Ayam dan Menu Rahmah Nasi Kari. Kedua-dua menu ni termasuk dengan air mineral sekali tau.
Macam biasa setiap satu set kombo hanya berharga RM5.00 sahaja. Memang mampu milik sangat set makanan ni. Kepada yang tak pernah lagi mencuba MarryBrown korang boleh hadirkan diri ke MarryBrown Mydin Bukit Mertajam tapi jangan risau cawangan lain pun ada tau korang boleh cari dekat sini. Menu Rahmah ni bermula dari 1 Mac hingga 1 April 2023 sahaja.
📍 MarryBrown Mydin Bukit Mertajam
Jalan Baru, Taman Nagasari, 13600 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Google Maps: https://goo.gl/maps/EdhzVA9Apcdphz8o7
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100089039876501&mibextid=LQQJ4d
TikTok: https://www.tiktok.com/@marrybrownmy?_t=8aTDyg2old3&_r=1
Instagram: https://instagram.com/marrybrownmy?igshid=YmMyMTA2M2Y=
5. Kedai Makanan Minuman Pak Hassan
Kedai Makanan & Minuman Pak Hassan juga memiliki Menu Rahmah. Kedai makan ini menyediakan hidangan lauk pauk yang sangat banyak dan sedap. Kalau korang nak tahu kedai Makanan & Minuman Pak Hassan ni memang ramai pelanggannya sampai kena beratur di luar kedai lebih-lebih lagi waktu cuti sekolah. Nampak la hidangan kedai ni memang sedap.
Kedai Makanan & Minuman Pak Hassan buka dari 8 pagi hingga 2 petang sahaja tapi yang menariknya min nak bagitau korang belum sampai waktu tutup lagi makanan dah habis. Min dengar kari kepala ikan kedai Pak Hassan ni memang padu tau. Min rasa korang mesti kena try la.
Kedai Makanan & Minuman Pak Hassan ni mula ada Menu Rahmah bermula pada 1 Mac hingga 1 April 2023. Jangan lupa korang kene rancang masa makan korang tau takut sampai-sampai lauk habis. Haa.. tak pasal mengidam nanti.
📍 Kedai Makanan Minuman Pak Hassan
Jalan Padang Lalang 14000 Bukit Mertajam, Penang
Google Maps: https://goo.gl/maps/obGJPgsam3DPcCiaA
Facebook: https://www.facebook.com/KedaiMakananDanMinumanPakHassan?mibextid=LQQJ4d