Dekat KL dah banyak tempat makanan Japan yang sedap sedap kan? Memang dah tak pening kepala nak cari kalau tiba-tiba craving sushi, katsudon, curry rice dan sebagainya. Tapi kalau korang craving halal ramen, nak pergi makan kat mana?
Haa, ini Min nak review Maruki Ramen, antara restoran ramen halal yang memang sedap kat KL ni. Berlokasi di The Linc KL, di tengah bandar Kuala Lumpur dan hanya 4 minit je dari LRT Ampang yang amat senang untuk singgah lunch tau.
Seperti restoran-restoran Jepun yang lain, suasana kat sini sangat selesa dan mewah. Dengan dekorasi yang simple dan moden, makan Ramen yang panas-panas tu pun jadi tenang tau. Kebersihan restoran juga amat dijaga rapi oleh staff mereka. Min pernah kesana dengan kawan-kawan Min dan memang boleh dikatakan ruang restoran agak kecil dan sempit. Kalau korang pergi waktu lunch, memang kena beratur panjang. Korang boleh reserve dulu sebelum pergi tau!
Maruki Ramen menyediakan pelbagai hidangan ramen yang memang terjamin halal. Ramen kat sini juga dibuat fresh oleh chef setiap kali order diterima. Mee Ramen ni dibuat dengan tepung gandum halal yang diimport khas dari Jepun dan makan pula dengan sup ayam yang kaya dengan rasa, pergh memang padu! Ini adalah antara menu yang popular di Maruki Ramen.
Harga dia pun memang berpatutan dengan kualiti makanan yang mewah dengan rasa. Dengan lokasi yang di tengah bandar juga, tak boleh nak complaint la kan harga dia mahal, faham-faham sendiri je la hehe.
Min sendiri pernah cuba ramen kat sini dan ni antara favourite Min. Memang susah nak pilih favourite sebab bagi Min semua sedap tau
1.Classic Kara Deluxe (RM37.90)
Jika sukakan sup pedas, boleh try yang ni! Base sup dia adalah miso paste dan kepedasan dia just nice. Sangat padu dengan mee ramen yang kenyal, daging yang berlemak! Min punya personal favourite yang ni!
2. Classic Shio Deluxe (RM36.90)
Penggemar sup ramen yang agak creamy mesti suka yang ni! Walaupun kuah dia nampak pekat dan creamy, tetapi rasa dia sangat light so tak muat ke apa kan. Menu ni datang dengan premium Australian beef slices, glazed chicken roll dan soft boiled egg.
Maruki Ramen juga ada serve Wagyu Deluxe Ramen yang harganya mencecah RM78.90 tapi Min tak try lah. Nanti bukan Min yang menangis makan Ramen tapi dompet Min huhu.
Overall memang Min boleh kata ramen kat sini antara yang oaling sedap dekat KL. Yelah, nak cari ramen halal pun dah susah so dah ada yang halal dan sedap ni memang Min gembira sangat. Kalau korang nak singgah dan rasa sendiri ramen kat sini, ni Min ada sertakan lokasi. Jemput makan makan!
📍Location:
The LINC KL, Lot 2-23, Level 2, 360,
Jln Tun Razak, Taman U Thant,
50400 Kuala Lumpur
Phone: –
Website: https://maruki-ramen.business.site
Facebook: https://www.facebook.com/marukiramen
Instagram: https://instagram.com/marukiramen?igshid=YmMyMTA2M2Y=
TikTok: –