Susah Nak Cari Parking, Tapi Best! | Bazar Pantai Dalam

You are currently viewing Susah Nak Cari Parking, Tapi Best! | Bazar Pantai Dalam

Sesuatu yang kita nantikan kalau pergi ke bazar ni mestilah makanan yang murah kan? Kalau betul, korang boleh singgah di bazar ramadan yang terletak di Pantai Dalam ni. Makanan yang dijual di sini amatlah berpatutan dan menepati citarasa kita orang Melayu. 

Cuma, kat bazar ni, tempat parking adalah amat terhad tapi jangan risau, korang still akan jumpa satu spot yang korang boleh park kereta korang atau kalau nak lagi senang, korang boleh bawak je motor korang untuk singgah kat bazar ni tau! Korang boleh refer video ini untuk perjalanan tu.

Suasana bazar kat Pantai Dalam ni sangatlah terasa seperti berada di bulan ramadan. Banyak gerai yang dibuka dan jalan di dalam bazar juga tidak begitu sesak dengan orang lalu lalang ingin melihat juadah. Yang paling penting kat sini, penjarakan sosial kita terjaga tau. 

Disebabkan jarak antara kedai, senang untuk orang ramai melihat juadah yang dijual walaupun gerai itu dipenuhi orang yang beratur untuk membeli makanan berbuka puasa.

Apa yang menarik di bazar ni?

Kebanyakkan gerai yang menjual hidangan ayam, pastinya ayam yang dijual, sangat-sangat besar dengan harga yang murah juga tau! Tak rugi rasanya kalau korang singgah ke bazar yang terletak di Pantai Dalam ni. 

Korang tengoklah makanan yang ada kat bazar ramadan yang kami sendiri dah pergi untuk mencuci mata melihat makanan dan minuman yang dijual kat bazar ni.

Korang tengoklah sendiri, besar kan ayam dalam Nasi Ayam ni?! 🤩🍗
Ni pulak ayam percik. Besar kan?!
Tak lengkaplah bazar tu kalau takde Nasi Putih dan Ayam Goreng Kunyit kan? Korang cubalah rasa Ayam Goreng Kunyit dari Queen ni. Mesti nak lagi!
Kambing pun ada tau korang!
Terasa nak makan manisan macam kek, brownies dan pavlova? Kat bazar ni korang boleh dapatkan tau!
Gerai ni ramai betul orang beratur. Tengoklah banyak betul masakan goreng yang ada kat sini. Mesti sedap kan?
Air balang ni mestilah kita kena try. Warna-warni tau air yang mereka ni jual. Kalau beli dalam cawan, RM3, kalau dalam plastik, RM5 je!

Korang rasa menarik tak bazar ni? Tak lupa juga banyak aneka kuih muih yang ada tau kat sini. Cakoi yang lembut dan sedap dicicah dengan kaya pun ada kat sini. 

Kalau nak tengok video dari team Purple Durian pergi singgah di bazar ni, korang boleh singgah di laman media sosial kami @purpledurian untuk lihat sendiri suasana di bazar Pantai Dalam, Kuala Lumpur ni. Jangan lupa tinggalkan komen sekali tau!

Alamat

Bazar Pantai Dalam: 2, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur