Dulu Makanan Orang Miskin, Sekarang Makanan Mewah

You are currently viewing Dulu Makanan Orang Miskin, Sekarang Makanan Mewah

Biasanya, makanan yang kita selalu makan ada statusnya tersendiri. Contohnya, kelas bawah atau atas.

Dari dulu sampai sekarang, mesti ada makanan-makanan yang dianggap kaya dan ada juga makanan yang dianggap miskin.

Namun, makin lama status makanan-makanan ini telah pun berubah!

Makanan yang dianggap mewah pada suatu masa dulu pernah menjadi makanan yang hanya dimakan oleh orang-orang miskin dan sebaliknya.

1. Lobster

lobster

Ha?! Lobster?!

Macam tak percaya pulak makanan yang semahal lobster ni adalah makanan untuk orang-orang miskin pada zaman dulu. 

Dikatakan, penampilan lobster tidak menarik seperti penampilan ikan. Selain itu, pada zaman dulu juga, lobster merupakan satu-satunya haiwan laut yang senang untuk dijumpai.

Oleh disebabkan lobester dianggap sebagai perosak, ia biasanya diberikan kepada banduan dan orang miskin. 

banduan di negara western

Namun, pada masa lalu, petani juga menggunakan lobster sebagai baja tanaman. 

Pada masa lalu, ramai banduan yang berpendapat bahawa menghidangkan lobster adalah hukuman yang kejam.

Akhirnya, beberapa negara sudah meluluskan undang-undang dimana penjara dilarang untuk memberikan lobster kepada banduan lebih dari dua kali seminggu.

Tetapi lama-kelamaan, lobster pun mula diterima sebagai makanan untuk masyarakat-masyarakat biasa. 

Bukan itu sahaja, lobster juga telah dikategorikan sebagai makanan yang mewah!

2. Kaviar

kaviar

Kalau cakap tentang kaviar, ramai yang sudah tahu makanan ini hanya dihidangkan kepada orang-orang kaya dengan harga yang teramat mahal.

Kaviar sering dijumpai di hotel-hotel lima bintang!

Namun, jika kita pergi balik pada zaman dahulu, memang tidak boleh dipercayai bahawa makanan ini bukan makanan yang mewah.

Pada zaman dulu, bar di Amerika Syarikat mempunyai begitu banyak kaviar sehingga mereka memberikannya secara percuma dalam bentuk sandwich kepada pelanggan-pelanggan mereka.

bar di amerika syarikat

Ini adalah kerana kaviar yang berasa masin ini akan membuatkan pelanggan bar berasa haus. 

Oleh itu, pelanggan akan membeli minuman dan kemudiannya akan meningkatkan penjualan minuman.

Apabila permintaan untuk kaviar mula meningkat, orang kaya pun semakin berminat  dengan makanan ini. Jadi kini, kaviar dianggap makanan yang mewah!

3. Foie Gras

cooked foie gras

Foie gras dikenali sebagai sebuah hidangan mewah dengan harga yang boleh mencecah RM100.

Foie gras adalah hidangan hati angsa yang pada awalnya dikenali oleh orang Mesir kuno dan Rom. Walau bagaimanapun, foie gras tidak dianggap mewah pada zaman dulu.

Pada zaman dulu, foie gras dijadikan sumber lemak halal bagi orang Yahudi dan harganya masih murah.

Yang membuatkan foie gras mahal adalah kerana itik dan angsa yang sukar untuk diternak berbanding ayam. 

Itik dan angsa disangka untuk makan lebih banyak sehingga harganya lebih tinggi untuk menternak itik dan angsa.

4. Monkfish

monkfish

Monkfish merupakan makanan kegemaran di kalangan chef-chef yang terkenal oleh kerana rasanya yang lembut, ringan, dan memuaskan. 

Namun, pada zaman dulu, ikan monkfish ini dianggap sebagai salah satu haiwan laut yang paling bahaya dari lautan dan juga dianggap sebagai ikan sampah.

Pada zaman dulu, apabila ikan ini ditangkap di jaring, nelayan akan mencampak balik ikan tersebut ke laut. Di Perancis, ikan monkfish dilarang untuk dijual jika kepala ikan tersebut masih ada.

Status ikan monkfish ini mula berubah apabila beberapa chef melihat sesuatu yang menarik tentang ikan ini, iaitu rasa ikan monkfish yang seperti foie gras. 

Dan kini, ikan monkfish menjadi hidangan yang mewah dengan harga yang mahal!

5. Truffle

truffle mushroom

Truffle merupakan cendawan mewah yang terkenal dengan rasanya yang amat sedap, lembut, wangi, dan juga sangat mahal. 

Namun, pada masa lalu, cendawan ini dikenali sebagai “cendawan bodoh” di seluruh dunia.

Truffle sering tumbuh di kawasan gelap pada hari-hari yang hangat dan malam yang sejuk pada pokok tertentu seperti oak, pain, dan hazel. 

Beberapa jenis truffle memerlukan masa 4-6 tahun untuk tumbuh. Setelah keluar dari tanah, truffle biasanya tidak bertahan lama. 

Semakin banyak masa cendawan ini dibiarkan di luar, semakin cepat truffle kehilangan ciri dan rasa. 

Oleh itu, hampir mustahil untuk menjual cendawan ini oleh kerana proses pertumbuhannya yang sukar.

Pada zaman dulu, cendawan ini mempunyai harga yang sangat murah!

Namun kini, lama-kelamaan, truffle pun sudah berubah daripada makanan murah ke makanan yang dihidang untuk orang-orang yang mampu menjamunya iaitu orang-orang yang berpendapatan tinggi.

Korang pernah makan tak makanan-makanan dalam list ni?

Kalau pernah, tahniah!

Korang tergolong dalam kalangan orang-orang yang kaya!

Jika ada pendapatan lebih, boleh cuba makanan-makanan ini!

Memang berbaloi!