Nasi kandar merupakan antara makanan yang sangat popular, bukan sahaja di Pulau Pinang malah di seluruh Malaysia!
Hampir seluruh rakyat Malaysia gemar dengan makanan tradisional ini!
Bagi sesetengah orang, kalau pergi ke kedai mamak memang wajib order nasi kandar!
Tapi, dalam selera kita makan nasi kandar ni, korang tahu tak kisah disebalik nasi kandar ni?
Nasi kandar ada asal usul?
Sudah tentu!
Untuk sesiapa yang tak tahu, nasi kandar merupakan makanan makanan harian untuk pekerja-pekerja buruh sahaja.
Pada zaman dulu, Pelabuhan Weld Quay di Pulau Pinang telah pun dibina sebagai pelabuhan antarabangsa.
Ia merupakan pelabuhan utama Semenanjung Tanah Melayu dimana sebahagian rakyat bekerja di sini untuk mencari rezeki.
Oleh itu, banyak pendatang yang bekerja di pelabuhan tersebut sebagai buruh atau kuli. Dan disebabkan lama sangat bekerja, pekerja-pekerja memerlukan makanan yang menjimatkan, cepat dan mudah.
Dan dari sinilah mulanya kewujudan nasi kandar.
Makanan akan dibawa dengan kandar dan dipikul di sekitar pelabuhan pada waktu pagi untuk pekerja-pekerja pelabuhan menikmati sarapan sebelum mereka memulakan kerja.
Kandar ialah kayu yang digunakan untuk memikul di atas bahu.
Di dalamnya ua bakul yang di kandar itu berisikan nasi, kari ikan, ikan goreng dan kacang bendi.
Nasi di bakul depan, manakala lauk di bakul belakang.
Nasi kandar dijual pada waktu pagi kerana pekerja akan selalunya memulakan kerja mereka selepas makan nasi awal pagi.
Namun pada zaman kini, ia bukan sahaja dimakan oleh pekerja-pekerja buruh. Nasi kandar kini merupakan salah satu makanan tradisional yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia.
Menarikkan sejarah nasi kandar ni!
Lepas ni kalau makan nasi kandar dengan keluarga dan kawan-kawan, boleh lah berkongsi sejarah ini dengan mereka!
Jom lihat review tentang nasi kandar di TikTok Purple Durian!