Baru-baru ini, berita tentang roti sardin “kedekut” telah viral di social media yang menaikkan darah para-para netizen.
Facebook page Viral Meletop telah menaikkan post berkenaan roti sardin tersebut.
Ramai netizen memberikan pendapat, apatah lagi kecaman di ruangan komen.
“Cara kebanyakan orang melayu niaga”
“Boikot je roti tu”
“Biasa la Melayu”
Ada juga yang sempat lagi melawak dalam ruangan komen. Maklumlah, tak perlu terlalu serius sangat dalam situasi yang macam sekarang ni.
Apa salahnya buat lawak sikit, betul tak?
“Fikir positive”
“Makanan ringan”
Seorang pengusaha bakery dan Ikon Usahawan, Anne Idris (@mymumsbakery) di Instagram memuat naik post yang telah mencecah lebih 2K likes tentang perkara ini dengan memberikan pendapat yang sepenuhnya di kepsyen Instagram post tersebut.
Ada juga netizen yang telah lalui perkara ini.
“Saya pernah beli macam ni”
“Pernah kena, rasa tertipu”
Pelakon Malaysia Catriona Ross dan Nad Zainal juga meninggalkan komen di Instagram post tersebut.
Apa pendapat korang semua tentang perkara ni? Komen di ruangan bawah!