Fire Dragon Burger, Menu Limited Edition Baru Dari Texas Chicken Memang Rasa Fire!

  • Post author:
  • Post category:Food Review
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Fire Dragon Burger, Menu Limited Edition Baru Dari Texas Chicken Memang Rasa Fire!

Texas Chicken merupakan satu cawangan fast food yang terkenal dengan menu mereka seperti ayam goreng spicy dan original, honey-butter biscuits dan pelbagai lagi hidangan.

texas chicken outlet

Pada 1 Jun 2021, Texas Chicken Malaysia telah mengeluarkan menu baru yang limited edition iaitu Fire Dragon Burger. Fire Dragon Burger mengandungi patty ayam yang crispy dan disaluti dengan sos yang pedas. Ia juga terdapat dalam 2 jenis iaitu Fire Dragon Wrap dan Fire Dragon Monster Burger yang mengandungi dua patty ayam crispy yang di saluti dengan sos pedas mereka.

texas chicken new limited editiong menu

Syedot ASMR, Mukbang Youtuber Malaysia yang dikenali ramai, telah menaikkan video di YouTube berkenaan Fire Dragon Burger.

syedot asmr food review

Syedot ASMR membuat review tentang Fire Dragon Monster Burger bersamaan juga dengan menu Texas Chicken yang lain seperti Spicy Ramyeon Flatbread dan Mala Tenders.

Menurut Syedot ASMR, size Fire Dragon Monster Burger memang besar dan memuaskan. Namun, sos pedas tersebut lebih memuaskan jika ditambah lagi kerana sos yang diterima adalah sedikit dan patty ayam tidak disaluti sepenuhnya.

syedot asmr burger review

Syedot ASMR lebih menggemari Fire Dragon Monster Burger oleh disebabkan size yang besar berbanding Fire Dragon Burger yang biasa.

Menu baru Texas Chicken ini sesuai untuk orang-orang yang gemar dengan makanan yang pedas. 

Jangan lupa dapatkan sementara stok masih ada!

Lihat video review tentang Fire Dragon Burger ini di YouTube channel Syedot ASMR!