Inside Scoop Sambut Merdeka Ke-68 Dengan Enam ‘Lokal Legends’ – Satu Penghormatan Manis Buat Jenama-Jenama Kegemaran Malaysia

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing Inside Scoop Sambut Merdeka Ke-68 Dengan Enam ‘Lokal Legends’ – Satu Penghormatan Manis Buat Jenama-Jenama Kegemaran Malaysia

Inside Scoop, jenama aiskrim tempatan popular, kembali dengan ‘LOKAL LEGENDS’ pada tahun kedua dengan kerjasama jenama ikonik dan nostalgia warga Malaysia – Gardenia, Julie’s, GSC, Beryl’s, ZUS Coffee dan Farm Fresh! Inside Scoop mencipta enam perisa aiskrim edisi terhad yang diinspirasikan oleh perisa kegemaran tempatan daripada setiap jenama.

Kuala Lumpur, 19 Ogos 2025 – Inside Scoop, jenama aiskrim tempatan, kembali dengan edisi kedua koleksi ‘LOKAL LEGENDS’ untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan! Kali ini, koleksi ini adalah hasil kerjasama dengan jenama tempatan ikonik warga Malaysia. Meneruskan kejayaan ‘LOKAL LEGENDS’ tahun 2024, Inside Scoop kembali meraikan kepelbagaian rasa tempatan dengan aiskrim artisanal.

Sejak penubuhan kedai pertama di Bangsar pada tahun 2013, Inside Scoop tetap setia pada visinya, aiskrim buatan Malaysia untuk rakyat Malaysia. Sepanjang 12 tahun, Inside Scoop telah menghasilkan lebih daripada 200 ciptaan perisa kreatif yang diilhamkan daripada snek, minuman, kuih-muih warisan yang menyatukan cita rasa rakyat Malaysia. Tahun ini, koleksi ‘LOKAL LEGENDS’ memperkenalkan enam ciptaan baharu berasaskan perisa tempatan:

  • Twiggies Choc-A-Lot (Gardenia):  Aiskrim coklat susu ditambah dengan potongan Twiggies Choc-A-Lot Gardenia, snek kek coklat yang paling ikonik buat setiap kanak kanak Malaysia.
  • Caramel Popcorn (GSC) – Aiskrim yang diinspirasikan oleh bertih jagung karamel pawagam GSC, ditambah lagi dengan kacang pecan mentega yang rangup. Setiap suapan aiskrim ini dijamin membawa kenangan manis bersama tersayang di pawagam GSC.
  • Le-mond Lemon (Julie’s): Gabungan kreatif aiskrim susu dan kurd lemon yang menyegarkan dengan biskut sandwic Le-mond Julie’s yang rangup dan masam manis. Biskut Julie’s sentiasa hadir sebagai snek wajib di setiap dapur rakyat Malaysia.
  • Gula Melaka Chocolate (Beryl’s): Gabungan inovasi aiskrim coklat dan gula melaka ini adalah hasil kerjasama pengusaha coklat Malaysia yang terkemuka di tahap antarabangsa, Beryl’s. Perisa ini dihiasi Beryl’s Gula Melaka Milk Chocolate dengan taburan biskut mentega. Ia bagaikan ‘surat cinta’ dalam bentuk aiskrim kepada rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi.
  • Spanish Latté (ZUS Coffee): Diinspirasikan oleh menu kafe tempatan ZUS Coffee. Aiskrim espreso ini diperkaya dengan susu pekat untuk rasa kopi yang pekat dan tekstur halus. Gaulan kon coklat rangup memberi sentuhan moden kepada perisa kopi yang digemari rakyat Malaysia.
  • Choco Malt Kaw (Farm Fresh): Warga Malaysia yang sering berkunjung ke kopitiam atau mamak semestinya tahu “kaw” bermaksud ekstra pekat untuk minuman yang dipesan. Aiskrim ini menggunakan Farm Fresh Choco Malt, dan Choco Malt Kaw adalah versi ekstra pekat yang ditambah sos coklat and biji malt coklat rangup. Aiskrim ini mengimbau kenangan manis tentang minuman malt coklat zaman kanak-kanak kita.

“Koleksi ‘LOKAL LEGENDS’ tahun ini bagaikan surat cinta buat anak anak Malaysia,” kata Pengasas Bersama Inside Scoop, Edmund Tan. “Kami amat bangga kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan jenama-jenama yang menemani rakyat Malaysia merentas generasi – daripada kudapan di pawagam ke snek zaman kanak kanak – dan mengubahnya kepada sesuatu yang unik buat kita semua. Setiap produk dibuat sepenuhnya di Malaysia dan merupakan lambang kreativiti dan semangat komuniti yang membentuk identiti kita.”

Dari pintu kedai pertama di Bangsar, hingga ke 60 lebih cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia, Inside Scoop tetap berpegang pada falsafah yang sama, iaitu membuat aiskrim yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Kempen ‘LOKAL LEGENDS’ ini meraikan pegangan tersebut, dengan menyatukan enam jenama tempatan ikonik sebagai penghargaan terhadap perisa-perisa yang telah sebati dengan kehidupan kita sejak sekian lama.

Bagi memeriahkan kempen ini sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-68, setiap single scoop dari koleksi ‘LOKAL LEGENDS’ akan dihidangkan dengan sarung cawan rekaan khas buat setiap jenama ahli ‘LOKAL LEGENDS’ sebagai cenderahati bagi bulan patriotik ini. Perisa ‘LOKAL LEGENDS’ ini boleh didapati secara individu atau dalam “Lokal Legends Party Pack” edisi terhad (RM68), yang menghimpunkan semua perisa ‘LOKAL LEGENDS’ yang telah menemani rakyat Malaysia merentas generasi sejak sekian lama.

Koleksi ‘LOKAL LEGENDS’ 2025 boleh didapati di semua cawangan Inside Scoop di seluruh negara dari 18 Ogos hingga 21 September 2025. Untuk maklumat lanjut tentang perisa baharu dan tawaran terkini Inside Scoop, ikuti  @myinsidescoop  di Instagram/Facebook dan @insidescoopmy di TikTok.

Tentang Inside Scoop

Ditubuhkan   pada   tahun   2013,  Inside   Scoop  merupakan   jenama   aiskrim   tempatan kegemaran rakyat Malaysia, yang terkenal dengan aiskrim buatan tangan dan menggunakan ramuan premium dan segar daripada sumber tempatan. Dengan lebih 60 cawangan di seluruh negara dan lebih  200 perisa unik setakat ini, Inside Scoop meraikan kepelbagaian rasa tempatan Malaysia – tidak kira perisa penuh nostalgia ataupun ciptaan kreatif. Setiap produk dihasilkan di Malaysia dengan penuh kesungguhan dan kasih sayang.