Kacang Salut Tepung ‘Krup-krap’, Buat Sendiri Saja Di Rumah!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Resepi
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Kacang Salut Tepung ‘Krup-krap’, Buat Sendiri Saja Di Rumah!

Mencari snek yang lazat dan penuh protein? Kacang salut tepunglah jawapannya. Snek ini menawarkan kombinasi sempurna antara kelazatan kacang tanah dan kerangupan tepung yang memikat selera. Untuk mencipta snek yang tidak hanya enak tetapi juga berkhasiat, kacang tanah perlu dijemur terlebih dahulu untuk menambah keenakan rasanya.

Kacang tanah, dengan kandungan protein, serat, dan minyak yang tinggi, bukan sahaja sedap tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan jantung. Mari kita lihat cara untuk menghasilkan Kacang Salut Tepung ‘krup-krap’ yang pasti akan membuatkan anda ketagih!

Bahan-bahan:

  • 500gm kacang tanah
Kacang Tanah
Kacang tanah: (Shopee)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras

Cara-cara Membuat Kacang Salut:

  • Bersihkan kacang tanah, bilas dan jemur kering sehari sebelum penyediaan.
Kacang tanah dijemur
Kacang tanah: (google)
  • Campurkan kacang, bawang putih, serbuk cili, gula, garam, dan telur. Gaul sehingga sebati.
Adunan kacang
Adunan kacang: (Page)
  • Masukkan tepung gandum dan tepung beras, kemudian gaul lagi hingga semua bahan tercampur rata.
campuran tepung
Campuran tepung: (Google)
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana.
  • Goreng hingga kacang kelihatan garing. Angkat dan toskan minyak sebelum dipindahkan ke dalam bekas.

Kacang Salut Tepung ‘krup-krap’ ini menawarkan kerangupan luar biasa yang memikat dan rasa kacang yang mendalam, menjadikannya pilihan ideal untuk snek bila-bila masa. Selamat mencuba semua!!!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Syuriana Ibrahim