Donut Bantal : Resepi Mudah Hanya Dengan 5 Bahan!!!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Donut Bantal : Resepi Mudah Hanya Dengan 5 Bahan!!!

Hai semua! Korang mesti selalu dengar tentang donut kan. Hmm sedapnya donut dimakan panas-panas dan dihidangkan dengan secawan kopi. Selalu kita makan donut berbentuk bulat tapi harini kita akan belajar membuat donut bantal atau donut berbentuk segi empat. Ada juga yang menyebutnya sebagai Beignet. Haa menarik bukan? Mari kita semak resepinya.

Bahan-bahan Donut Bantal

  • Susu suam 300ml
  • Yis 7g
  • Mentega 85g (Dicairkan)
  • Tepung gandum 480g
  • Gula Kastor

Cara-cara

  • 1. Masukkan susu suam, yis dan mentega serta tepung gandum ke dalam satu bekas.
  • 2. ‘Whisk’ bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • 3. Kemudian uli tepung menjadi doh.
  • 4. Biarkan doh rehat selama 1 jam.
  • 5. Uli semula doh tadi sehingga rata dan potong mengikut bentuk segi empat sama rata.
Doh dipotong segiempat
Doh Segi Empat: (Google)
  • 6. Seterusnya goreng di dalam minyak yang panas.
Donut Digoreng
Donut : (TikTok)
  • 7. Setelah masak, angkat dan gaulkan donat dengan gula kastor.
Donut Bantal digaul gula
Donut Bantal: (Google)
  • 8. Akhir sekali, boleh dihidangkan dengan teh atau kopi.

Selamat Mencuba.

Baca juga artikel:

Artikel oleh Syuriana Ibrahim