Makanan Ringan Sabah: Tiga Jajan Yang Wajib Dicuba!!!

You are currently viewing Makanan Ringan Sabah: Tiga Jajan Yang Wajib Dicuba!!!

Hai semua! Korang pernah dengar tak tentang makanan ringan ataupun jajan dari Sabah. Seperti kita ketahui umum Sabah banyak makanan unik, Tak ketinggalan juga makanan ringan mereka. Kalau korang melawat ke Sabah, korang wajib cuba jajan mereka.

Jajan Sabah

Jajan yang senang didapati dan sudah pasti sedap adalah:

  • 1. Kuih Cincin
Kuih Cincin
Kuih Cincin: (Shopee)

Kuih Cincin ini merupakan kuih yang cukup terkenal di daerah Papar. Ia diperbuat daripada gula perang dan tepung beras, nama kuih ini diambil bersempena bentuknya yang seperti cincin. Bahan yang digunakan untuk membuat kuih cincin ialah gula, gula nipah atau gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula Melaka. Kuih ini memang sedap dimakan petang-petang dengan rasa manisnya dan ditambah pula dengan kerangupannya. Fuhh! Memang layan.

  • 2. Amplang
Amplang
Amplang

Amplang merupakan makanan ringan yang berasaskan ikan. Keropok Amplang ini cukup terkenal di kalangan suku kaum Bugis di Sabah. Nama lain bagi Amplang ini ialah keropok kuku macan. Makanan ini boleh dikatakan sebagai keropok ikan. Namun, Amplang juga ada beberapa perisa antaranya adalah Amplang udang dan juga Amplang ketam. Jajan ini selalunya dinikmati semasa minum petang, lagi sedap rasanya jika dihidangkan bersama secangkir teh atau kopi.

  • 3. Kuih Jala
Kuih Jala
Kuih Jala: (Shopee)

Kuih diatas ini adalah kuih jala. Ingat! Jangan pula tertukar dengan roti jala, ini kuih jala bukan roti jala. Kedua-duanya juga sangat berbeza. Terutamanya dari segi tekstur, rasa dan warna. Kuih jala diperbuat daripada tepung beras, gula, minyak masak dan air sahaja. Cara penyediaannya juga agak mudah, jadi anda bolehlah cuba untuk membuatnya sendiri. Pasti enak!

Menarik bukan jajan dari Sabah ini. Kalau korang semua nak cuba makanan ringan ini tapi belum sempat untuk ke Sabah, boleh juga korang beli secara online. Sekarang makanan atau jajan ini boleh didapati tanpa perlu terbang jauh-jauh ke Sabah.

Baca juga artikel:

Artikel oleh Syuriana Ibrahim