Hai warga Malaysia semua! Sesiapa yang datang berkunjung atau melawat Bangi marilah singgah ke Nasi Dulang Daun Pisang untuk menikmati hidangan makan tengah hari. Restoran ini terkenal dengan pengalaman makan yang unik. Lokasinya terletak di Kampung Sungai Ramal Dalam.
Restoran ini mengkhususkan masakan tradisional Malaysia yang dihidangkan di atas daun pisang. Dimana ia membantu untuk meningkatkan rasa dan menambah sentuhan asli. Restoran ini biasanya menawarkan pelbagai hidangan kegemaran tempatan seperti nasi lemak, rendang, dan pelbagai kari, semuanya disajikan dengan cara yang enak dan memuaskan. Hidangan didatangkan dalam pelbagai set. Seperti Set dulang, Set ganja, Set Sumatera dan pelbagai lagi.
Suasana restoran ini sangatlah santai dan menenangkan, sekaligus menjadikannya tempat yang selesa untuk keluarga dan rakan-rakan. Restoran ini juga menawarkan harga yang baik untuk kuantiti dan kualiti makanan yang disediakan. Dengan kandungan hidangan yang besar disertakan pula dengan harga yang berpatutan. Fuhh!!! Sangatlah berbaloi untuk makan di sini kerana kepuasan hati terjamin. “Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senanglah hati.”
“Sotong bakar dan Sotong goreng tepung, ayam goreng. Semua sedap. Ayam goreng nampak je simple tapi rasa dia luar biasa. Sambal cicah semua sedap, tak pedas sangat.” Encik Muhamad Yusuf.
Secara keseluruhannya, Nasi Dulang Daun Pisang ini dinilai unik dan sesuai untuk mereka yang gemarkan makanan yang disediakan secara tradisional dan enak. Mereka yang hadir pasti akan kembali semula. Selamat mencuba kepada mereka yang baru mengenali kedai makan ini. Apa lagi marilah serbu beramai-ramai!
Info lanjut? Boleh semak di bawah:
🗺️ Google Map: https://maps.app.goo.gl/Gb7yyLD1FEX47Y2e6
📍 Lokasi: Pt 75024 Jalan Besar Sungai Ramal Dalam, Sungai Ramal Dalam, Kajang.
⏰ Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30am – 3.30pm)
📲 Instagram: nasi.dulangdaunpisang
📞 Phone: 012-3230220
Baca juga artikel:
Artikel ditulis oleh Syuriana Ibrahim