Resepi Bebola Ubi Keledek: Hidangan Minum Petang!!!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Resepi
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Resepi Bebola Ubi Keledek: Hidangan Minum Petang!!!

Ubi Keledek adalah salah satu makanan yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu. Pada zaman dahulu, kebanyakan orang akan merebus atau membakar ubi sebagai sumber makanan jika mereka tiada makanan.

Ubi keledek ini, bukan sahaja enak, tetapi ubi keladi juga kaya dengan khasiatnya sendiri. Ubi keledek banyak digunakan dalam pembuatan kuih-muih. Kali ini kita ingin jadikan keledek sebagai bebola keledek yang sangat sesuai dihidangkan dikala minum petang. Untuk memasak bebola ubi keledek ini cukup mudah dan ringkas serta hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Namun lain orang lain caranya, hal ini kerana bebola keledek ini terdapat dalam berbagai warna. Terserah atas pilihan masing-masing nak guna keledek warna apa.

Mari kita cuba resepinya!

Bahan-bahan yang diperlukan.

  • 450g ubi keledek 
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Sedikit garam

Cara-cara.

  • 1. Mula-mula sekali, kita perlu rebus keledek sehingga empuk.
ubi keledek
Ubi Keledek rebus
  • 2. Lenyekkan dan campurkan keledek ke dalam semua bahan di atas dan gaul sehingga sebati.
step 2
  • 3. Kemudian bulat-bulatkan adunan keledek tadi sebesar biji bola pingpong.
  • 4. Seterusnya, goreng dengan menggunakan api yang sederhana besar.
Step 4
  • 5. Setelah itu, bila bebola hampir separuh masak, tekan dan golek-golekkan kuih tersebut di dalam kuali.
Last
  • 6. Akhir sekali, tunggu bebola itu sehingga masak dan ia sudah sedia dihidangkan.

Apabila sudah siap, boleh lah kita menikmati bebola keledek yang rangup ini. Ditambah pula dengan secangkir teh hangat rasanya pasti sedap!

Mudah bukan caranya? Selamat mencuba!!!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Syuriana Ibrahim