Hai, semua! Ada tak peminat kerepek kat sini? Min memang peminat tegar kerepek tau. Tak kisah la apa-apa jenis kerepek sekalipun, semua min bantai hehe. Kebetulan kalini KA kongsikan pula resepi kerepek kegemaran min iaitu Kerepek Popia Sira. Min akui memang bahan-bahan nak buat memang senang sangat dan cara nak buat pun tak renyah.
Sebelum tu, kalau korang tak tengok lagi resepi Cucur Udang Crispy yang kita kongsikan sebelum ni, bolehlah semak kat sini tau! Ni pun sesuai untuk dijadikan sebagai kudap-kudapan waktu petang. Sekarang, jom kita semak resepi Kerepek Popia Sira ni kat bawah.
MENU: KEREPEK POPIA SIRA
Masa penyediaan: 20-30 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 2 orang
Bahan-bahan:
- Kulit popia
- Straw minuman
- Tepung gandum
- 5 ulas bawang putih
- 2 sudu besar cili kisar
- 1/2 cawan gula
- Biji bijan
Cara-cara:
- 1. Mula-mula, ambil kulit popia dan gulung bersama straw minuman. Bancuhkan tepung gandum dengan air di dalam mangkuk untuk dijadikan sebagai gam supaya kulit popia melekat dan kemas. Kemudian, tarik keluar straw. Ulang langkah ni mengikut kuantiti yang korang nak.
- 2. Selepas itu, potong kulit popia yang telah digulung secara menyerong. Biarkan seketika selama 10-15 minit supaya kulit popia sedikit kering sebelum digoreng. Sebelum menggoreng, pastikan minyak sudah betul-betul panas.
- 3. Untuk membuat sambal sira, tumiskan bawang putih bersama cili kisar. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga cili kisar pecah minyak. Kemudian, masukkan 1/2 cawan gula dan kacau lagi sehingga sedikit pekat.
- 4. Akhir sekali, tutup api dan masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan kemudian bolehlah taburkan biji bijan supaya lebih cantik. Biarkan sejuk seketika supaya lebih rangup dan ianya siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Video penuh dari Tiktok KA: Resepi Kerepek Popia Sira