Hai, korang! Siapa sini penggemar Thai Tea? Kalini Tealive datang lagi dengan memperkenalkan 3 menu baru mereka yang min sebut sebagai edisi ‘Thai Tea Bundle’. Ini termasuklah Thai Pearl Milk Tea, Thai Cham dan Cream Cloud Thai Milk Tea. Menu-menu baru ni tersedia di semua outlet Tealive di seluruh negara bermula 28 Februari 2024!
Teringin nak merasa sensasi teh kaw-kaw macam berada di negara Siam? Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan ‘Thai Tea Bundle’ ni tau!
- Thai Pearl Milk Tea: Campuran asli teh Thai yang kaya dan beraroma, diselitkan dengan ‘tapioca pearls’ yang kenyal.
- Thai Cham: Minuman bertenaga yang menampilkan campuran teh Thai dan kopi pekat, khususnya buat peminat kopi.
- Cream Cloud Thai Milk Tea: Gabungan buih susu berkrim dan teh Thai yang berperisa, sesuai untuk kesegaran tekak.
Hanya dengan pembelian mana-mana minuman dari senarai ‘Thai Tea Bundle’, pembeli juga berpeluang untuk memenangi hadiah beg terkini, Gentlewoman, yang berasal dari Negeri Gajah Putih tersebut. Jangan malu, jangan segan! Mana tahu rezeki korang kan? Hehe. Jom pakat serbu Tealive!
- Tarikh promosi: 6 Mac – 2 April 2024
- Tertakluk pada Terma & Syarat. Maklumat lanjut boleh dapatkan di laman web rasmi Tealive Asia.
Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan