30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Smashed Burger & Cajun Fries

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:10 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Smashed Burger & Cajun Fries

Bismillah! Kembali dalam resepi Hamdan Mubarak Ramadan ke-3. Korang tahu tak smashed burger ni apa? Smashed Burger ni tak sama dengan burger Ramly atau McD tau. Kelainan burger ni terletak pada ‘smash’ masa kita bakar daging tu. Bukan setakat badminton je kita boleh guna skill smash ni. Dalam burger pun boleh smash! Jom cuba masak!

MENU: Smashed Burger & Cajun Fries

smashed burger & cajun fries

Bahan-bahan:

Burger:

  • Mentega
  • Roti ban
  • 1/2 biji bawang holland
  • Daging kisar
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Kepingan Keju
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Salad
  • Tomato

Fries:

  • Kentang goreng sejuk beku
  • Garam
  • Serbuk cajun

Cara-cara:

mentega
roti ban

1. Untuk menghasilkan roti ban yang rangup, sapukan mentega ke atas kedua-dua belah roti ban dan bakar di atas kuali leper panas. Ketepikan buat sementara.

mentega
bawang holland
bawang karamel

2. Di atas kuali leper yang sama, letakkan mentega dan 1/2 biji bawang holland. Masak sehingga bertukar warna keperangan. Ini namanya bawang karamel. Bahan yang menyedapkan lagi burger korang.
3. Angkat dan ketepikan dahulu.

gumpalan daging kisar
daging kisar bulat
smashed burger

4. Sediakan daging kisar. Korang beli je di pasar raya terdekat. Ambil daging dalam kuantiti satu gumpalan tangan dan bentukkan bulat.
5. Letak di atas kuali leper yang sama dan ‘smash’ kan daging tersebut menggunakan spatula hingga menjadi leper.

serbuk lada hitam
keju
keju dan patty

6. Taburkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Terbalikkan patty daging.
7. Letakkan kepingan keju di atas patty dan tunggu sehingga keju mencair. Setelah itu, angkat patty tersebut dan ketepikan.

mayonis
campuran mayonis dan sos cili

8. Sediakan mangkuk kecil. Masukkan sos cili dan mayonis bersama-sama. Kacau sehingga rata.

sapuan di atas roti ban
letakkan patty di atas roti

9. Sapukan campuran mayonis dan sos cili ke atas roti ban.
10. Kemudian, letakkan patty yang telah dimasak di atas roti ban yang sama.

salad, tomato, bawang karamel
smashed burger

11. Selepas letakkan patty, susun salad, tomato dan bawang karamel. Tutup bahan-bahan tersebut dengan roti ban yang telah disapu campuran sos cili dan mayonis.

fries
cajun fries
cajun fries

12. Bakar kentang goreng kegemaran korang di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 15 minit. Pindahkan kentang goreng yang dimasak ke dalam mangkuk besar.
13. Masukkan sedikit garam dan serbuk cajun mengikut citarasa korang. Kemudian, boleh lambungkan fries tu supaya garam dan serbuk cajun tu rata dan melekat pada semua fries.

smashed burger & cajun fries

14. Siap! Tuang fries yang telang dilambung tadi ke atas pinggan untuk dihidang bersama burger yang juicy ni.

Smash selagi boleh smash! Kalau korang malas jugak nak smash, apa kata korang singgah berbuka di Smashed Burger.

Video penuh: Smashed Burger & Cajun Fries

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply