Bismillah! Resepi Ramadan ke-2 bersama Hamdan Mubarak kalini membawakan air teh bunga yang semestinya akan membuat korang terliur habis-habisan. Memang betul-betul dugaan puasa ni. Guna 4 bahan je dah boleh buat korang tak sabar nak berbuka puasa tau. Jom ikut cara buat air ni!
MENU: TEH BUNGA LONGAN
Bahan-bahan:
- Ais
- 1 kotak teh bunga
- 8 biji limau kasturi
- 10 biji asam boi
- 1 tin buah longan
Cara-cara:
1. Sediakan jag air besar dan isikan ais dengan penuh. Terus masukkan 1 kotak teh Chrysanthemum.
2. Perahkan kesemua 8 biji limau kasturi ke dalam air.
3. Masukkan 10 biji asam boi ke dalam air.
4. Akhir sekali, masukkan 1 tin buah longan.
5. Kacau rata dan siap!
Kecur betul air liur lepas tengok resepi ni kan? Terus dapat rasa kesegaran daripada campuran limau kasturi dan asam boi. Dah lah airnya penuh dengan ais. Lagi mengasyikkan. Kalau korang jenis yang tak suka teh Chrysanthemum, apa kata korang minum teh ais? Teh Ais ni lagi boleh buat korang ketagih. Jaga-jaga tau!
Video penuh: Klik sini
Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor