Hai korang. Esok dah puasa tau! Dah jumpa tempat berbuka di Putrajaya ke belum? Min boleh cadangkan 15 tempat berbuka yang best untuk korang pergi dengan keluarga, kawan-kawan ataupun pasangan. Boleh scroll sampai bawah tau untuk pilih tempat berbuka yang menepati citarasa masing-masing. Jemput baca!
1. Ikhwan Delights Putrajaya
Pernah datang sini tak? Sini tempat berbuka yang sesuai untuk korang bawa keluarga atau kawan-kawan merasai hidangan berbuka yang sedap di Putrajaya. Ada pelbagai menu kat sini. Moden, tradisional, oriental, dan barat. Tinggal pilih je. Datang dulu, baru repeat.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/9Ysh9rS5xPZNgU9G8
📍Alamat: 103, Jln Diplomatik, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
📲Facebook: https://www.facebook.com/IkhwanDelightsPutrajaya/
☎️Phone: 011 6083 8630
2. 10gram Ayer8 Putrajaya
Zaman sekarang ni dah banyak kafe-kafe hipster yang muncul, termasuk 10gram cawangan Ayer8 Putrajaya ni. Cantik kan reka bentuk hiasan dalaman kafe ni. Korang yang minat ‘cafe hopping’ tu, masukkan tempat ni dalam senarai tempat berbuka korang tau!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/VqGtzUCiGWZaRf3n8
📍Alamat: A1-G-01, Ayer@8, Jalan P8E2/10, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
📲Website: https://www.10gramgourmet.com/
📲Facebook: https://www.facebook.com/10gramcafe/
📲Instagram: https://www.instagram.com/10gramgourmet/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@10gramofficial
☎️Phone: 018 288 9280
3. Restoran Tok Wan Grill
Min nak beritahu ada satu restoran best untuk penggemar makanan western. Restoran Tok Wan Grill ni antara kedai makan grill terbaik di Putrajaya. Set makanan dia ada yang besar-besar jadi sesuailah untuk korang yang nak makan beramai-ramai tu. Korang hanya perlu pilih je berdasarkan kemuatan perut korang. Datang sini jom!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/u11ng3dFxbk8WH86A
📍Alamat: No.12, Jln Jati Bukit P11/25, Presint 11, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
📲Facebook: https://www.facebook.com/tokwangrillputrajaya/
📲Instagram: https://www.instagram.com/tokwans_/
☎️Phone: 019 649 9636
4. Shell Out® Putrajaya
Korang suka makan seafood? Apa kata ajak keluarga, kawan-kawan datang sini. Makan shell out ramai-ramai baru lah best kan! Untuk pengetahuan korang, kualiti hidangan shell out yang menyelerakan tidak hanya bergantung kepada makanan laut, tetapi juga kepada sos yang digunakan. Bukan setakat makanan sahaja, tapi korang juga boleh menikmati pemandangan tasik Putrajaya sambil menikmati juadah berbuka. Ayuh korang!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/Y6rz5aiXQGVZfARZ6
📍Alamat: C1-G-3A, Ayer @ 8, Jalan P8G Presint 8, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
📲Website: https://shellout.com.my/
📲Facebook: https://www.facebook.com/ShelloutAyer8/
📲Instagram: https://www.instagram.com/shellout/
☎️Phone: 016 275 4616
5. Restoran Mohd Chan Putrajaya
Ke korang nak makan masakan cina? Min ada beberapa tempat best nak cadang ni. Korang tinggal pilih je. Pertama sekali, korang mesti singgah di Restoran Mohd Chan ni. Percaya tak kalau Min cakap cawangan Putrajaya ni adalah cawangan ke-16 yang berjaya dibuka oleh restoran ni? Hebat kan! Tak percaya lagi, boleh klik link website di bawah ni.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/CaYUDmXxtmbfk1BV6
📍Alamat: 58 & 60, Tingkat Bawah, Lot Komersil, Nadi @ 15, Jalan Perak P15, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
📲Website: https://www.mohdchan.com.my/
📲Facebook: https://www.facebook.com/mohdchanmyputrajaya/
📲Instagram: https://www.instagram.com/stories/mohdchanmy/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@mohdchanmy/
☎️Phone: 012 414 8001
6. Giggles & Geeks
Korang! Pernah makan sini tak? Giggles & Geeks menawarkan makanan western dan fusion lokal yang berkualiti. Min yakin korang mesti akan puas hati lepas makan sini. Min cadangkan korang order Crispy Squid dan menu pasta. Selain itu, tempat ni memang menarik dengan hiasannya yang cantik dan suasana macam di hotel. Memang luas dan selesa lah Giggles & Geeks ni. Servis dia pun tip-top. Korang mesti datang sini tau untuk berbuka nanti.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/EauAtDWGGqojxxnTA
📍Alamat: Ground Floor, Bio-X Centre, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor.
📲Website: https://www.gigglesgeeks.com/
📲Facebook: https://www.facebook.com/gigglesgeeks/
📲Instagram: https://www.instagram.com/gigglesngeeks/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@gigglesngeeks
☎️Phone: 019 845 0418
7. Restoran That’s Dumpling
Bila tengok nama restoran pun dah tahu menu apa yang best kat sini. Mesti lah dumpling kan. Min pun suka makan dumpling. Kalau ada kesempatan, kita boleh makan dumpling sama-sama kat sini. Yang pasti korang yang kena belanja! Min gurau je.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/Cn1hy9bRfbBQEP3t8
📍Alamat: No. 67GA, Ground floor, Jln Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Thats-Dumpling-100088371848820/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@thatsdumplingofficial
☎️Phone: 03 8861 3841
8. MyViets Putrajaya
My Viets bukanlah restoran Vietnam biasa-biasa. Korang yang tak pernah pergi Vietnam pun boleh merasa masakan sebenar Vietnam kat sini. Mesti puas hati untuk pertama kali mencuba. Untuk masakan Vietnam ni, menu paling wajib korang mesti cuba ialah Pho Bo, atau nama lainnya, Beef Noodle Soup. Sekali makan, boleh terbawa mimpi!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/HMNobub35H7Hp6bL9
📍Alamat: C2-G-1, Ayer@8 Jalan P8G, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
📲Website: https://myviets.com.my/
📲Facebook: https://www.facebook.com/MyViets/
📲Instagram: https://www.instagram.com/myviets_my/
☎️Phone: 013 811 4469
9. Dilana Tandoor Putrajaya
Nak berbuka dengan juadah Arab/Parsi? Datang la sini. Negara Arab/Parsi tidak hanya terkenal dengan keindahan alam semulajadi, tetapi juga dengan kepelbagaian hidangan tradisional yang sedap dan unik. Sebut je nak makan apa. Pulao? Biryani? Kebab? Lamb shank? Roti naan berkeju? Cepat masukkan Dilana Tandoor ni dalam wishlist korang!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/Qdh7eji7aasV9nFJ7
📍Alamat: 46, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
📲Website: https://www.dilanatandoor.com.my/
📲Facebook: https://www.facebook.com/dilanatandoor/
📲Instagram: https://www.instagram.com/dilanatandoor
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@dilanatandoor
☎️Phone: 017 700 9964
10. Balqis Restaurant
Sabar dulu korang. Min belum habis cerita lagi ni. Ada satu restoran ni menyediakan sajian Arab Yaman. Nama restoran pun diambil berdasarkan nama Ratu Balqis. Nak rasa makanan sebenar Arab Yaman? Korang singgah sini je.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/c5ZjtSE2zdiY221p9
📍Alamat: Lot G-08, Shaftsbury Avenue, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
📲Website: https://balqis.net/
📲Facebook: https://www.facebook.com/balqis.malaysia/
📲Instagram: https://www.instagram.com/balqis_malaysia/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@balqisrestaurant
☎️Phone: 03 8213 0171
11. Thai Tomyam Kung
Mesti korang pening kan nak pilih restoran mana untuk juadah berbuka nanti? Abah tak suka masakan Arab, Mak pula tak minat masakan cina. Macam mana korang nak tentukan ni? Min cadang yang ni je lah. Pasti semua orang suka. Siapa je yang tak makan Tomyam kan. Ayuh berbuka di Thai Tomyam Kung! Kap khun krap!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/PPE3akteBKYRjQrx6
📍Alamat: Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
📲Facebook: https://www.facebook.com/thai.tomyamkung/
📲Instagram: https://www.instagram.com/restoranthaitomyamkung/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@thaitomyamkung
☎️Phone: 017 690 5762
12. Restoran Dapur Jiran
Kalau korang suka makan masakan jiran sebelah, ini restoran terbaik untuk korang. Restoran dapur jiran! Mana tahu tukang masak restoran ni sebenarnya jiran rumah korang. Min gurau je. Nanti korang singgah tau!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/NAXivTAJcqijEAKD8
📍Alamat: No.8, Jalan P9g/7, Presint 9, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Restoran-Dapur-Jiran-100093386652622/
📲Instagram: https://www.instagram.com/restorandapurjiran
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@restorandapurjiran
☎️Phone: 016 483 7339
13. Bangkok Pintho Cafe
Dari dapur jiran, terus sampai Bangkok ya korang cari makanan. Tak sabar ke tu nak berbuka puasa? Nah, Min ‘payung’ nama kedai untuk korang berbuka nanti.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/iCwkdxnpvjsZ6TJRA
📍Alamat: Unit 4UG Menara Pjh, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
📲Facebook: https://www.facebook.com/bangkokpinto/
📲Instagram: https://www.instagram.com/bangkokpinthocafe/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@bangkokpinthocafe
☎️Phone: 013 333 9089
14. Dayang Sarawak Corner Cafe
Nak makan masakan Sarawak tapi terlepas flight? Korang singgah sini je untuk berbuka nanti. Bila sebut Sarawak, mesti teringat mi kolok kan. Korang boleh pilih nak mi kolok ayam/daging/udang/campur. Yang pasti, wajib cuba!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/3NmcHVsCD9GKbcMc8
📍Alamat: No 4, Jalan Perak, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Dayang-Sarawak-Corner-Cafe-100063569533889/
📲Instagram: https://www.instagram.com/dayangsarawakcornercafe/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@dayangsarawakcorner
☎️Phone: 010 369 7322
15. Nelayan Kitchen
Korang okay tak lagi tu? Min ada satu je lagi tempat berbuka yang terbaik untuk korang kunjungi. Kat sini terkenal dengan menu Patin Tempoyak dan Kari Kepala Ikan. Kalau korang nak tahu, resipi yang digunakan ni adalah resipi tiga generasi yang diwarisi oleh insan yang dilahirkan di negeri Pahang. Menarik kan? Datang lah sini untuk mencuba keenakan resipi turun-temurun ni.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/wukkhKpX5Lcm8cYx8
📍Alamat: Ayer@8, C1-G-5, Kompleks Perniagaan, Jalan P8G1, Presint 8, 62100, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
📲Facebook: https://www.facebook.com/nelayankitchen4u/
📲Instagram: https://www.instagram.com/nelayankitchen4u/
📲Tiktok: https://www.tiktok.com/@nelayankitchenayer8
☎️Phone: 011 1632 7717
Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor