Hai korang! Harini min nak share dengan korang satu port makan nasi kandar yang lama dan terkenal di Ipoh, Perak. Nak tahu dengan lebih lanjut? Pastikan korang baca sampai habis ok!
Nasi Kandar Dato Sagor memiliki aroma dan rasanya yang tersendiri sehingga dapat memikat selera para pelanggan yang pernah hadir di sini. Bukan sahaja kerana rasanya, mereka juga memiliki pelbagai jenis lauk yang boleh memenuhi keinginan para pelanggan. Tak percaya? Korang boleh tonton review ini.
Ingin mencari port makan menarik di Ipoh? Tekan link ini.
Menu
Nasi Kandar
Antara menu yang wajib untuk dicuba di sini semestinya nasi kandar. Korang bukan sahaja boleh menikmati menu ayam, tetapi korang juga boleh memilih pelbagai jenis masakan seperti ikan kari, kambing dan lain-lain untuk dimakan bersama.
Ingin mencari restoran nasi kandar yang lain? Tekan link ini.
Bagi min, korang memang wajib cuba makan dekat sini. Sekali rasa pasti nak lagi! Jadi, tunggu apa lagi? Mohler kome, kita terjah Nasi Kandar Dato’ Sagor!
Lokasi
📍33, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak
🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/GEsb7RD2E8Xf12238
📲Phone: 011-1775 8641
📲Facebook: https://www.facebook.com/NasiKandarDatoSagor
Article curated by “Areisya Putri”