Khairulaming. Sesiapa yang mempunyai TikTok pasti mengenali nama yang cukup terkenal ini terutama sekali dengan apa yang telah berlaku semalam. Bagaikan sudah dapat diramalkan oleh semua orang, sememangnya orang kelahiran Kota Bharu ini berjaya memenangi TikTok Awards 2023: Creator of The Year. Tahniah diucapkan buat Khairulaming!
Bercakap mengenai TikTok, Khairulaming telah berkecimpung di dunia ini sebagai food content creator selama 8 tahun dan bertukar daripada hanya sekadar menjadi content creator yang menunjukkan pelbagai resipi mudah yang mengikut kemampuan bajet semua kepada pemilik empayar Sambal Nyet.
Untuk Khairulaming, sebagai content creator, rasa penat itu sudah tidak asing dalam hidupnya. Misalnya, beliau berasa penat terutama sekali sewaktu mengeluarkan siri “30 Hari 30 Resipi” yang viral di laman sosial. Namun, keseronokan yang beliau dapat apabila melihat adanya orang yang menyukai contentnya membuatkan beliau terus berjuang.
Dia mendapati bahawa ramai rakyat Malaysia bukan sahaja menantikan resipinya, tetapi ramai yang menggunakannya dalam masakan harian mereka di rumah, dan ada yang menggunakannya untuk melancarkan perniagaan mereka sendiri.
Sebagai seorang content creator, inilah kejayaan dia yang sebenarnya. Bukan itu sahaja, beliau amat menghargai kepada semua yang telah mengundi beliau dengan berkata, “Saya tidak mungkin akan dapat mencapai semua kejayaan ini tanpa sokongan daripada anda semua sejak dari lapan tahun lepas.”
Untuk maklumat lanjut mengenai Khairulaming, sila skrol ke bawah. Untuk melihat video berita mengenai Khairulaming memenangi TikTok Awards 2023, sila klik link ini: https://www.youtube.com/watch?v=0iF7NTNc9PM&t=21s
Tiktok: https://www.tiktok.com/@khairulaming?lang=en
Article currated by Izzah Norsham