Homs Bar & Cafe – Port makan yang best sambil ngopi di Gong Badak, Terengganu

You are currently viewing Homs Bar & Cafe – Port makan yang best sambil ngopi di Gong Badak, Terengganu

Homs Bar & Cafe merupakan sebuah kafe yang menawarkan suasana santai yang terletak di Gong Badak, Terengganu. Cafe ini terletak di hadapan Universiti Sultan Zainal Abidin jadi kebanyakkan pelanggan mereka ialah pelajar pelajar universiti.

Cafe ini memang sangat popular di Terengganu kerana kepelbagaian makanan yang disaji disini terutamanya menu viral seperti croffle. Min sangat tertarik dengan pilihan makanan yang sangat banyak disini dari western dan dessert yang begitu menaikkan selera min serta pilihan kopi yang sungguh lazat. 

Jika korang mencari kafe yang selesa dengan ruang terhad untuk lepak, kafe ini sesuai untuk korang untuk datang makan dengan keluarga, pasangan dan kawan-kawan.

Homs Bar & Cafe
Homs Bar & Cafe
Croffle di Homs Bar & Cafe
Croffle di Homs Bar & Cafe

Cafe ini bertemakan unsur neutral yang sangat tenang dan selesa untuk datang makan disini. Sangat elegan dan selesa. Inilah yang dirasakan ketika korang melangkah masuk ke kafe ini. Mengenai reka bentuk dalamannya, korang akan kagum dengan reka bentuk abstrak yang cantik pada dinding dan silingnya.

Tiba pula di kafe ini, korang bakal disambut oleh timbunan pastri yang bersebelahan dengan kaunter. Susunan meja dan kerusi kayu pun sangat teratur dan cantik. Jadi jangan risau kalau korang datang sini banyak meja yang disediakan dan tak perlu beratur menunggu. Pekerja Homs Bar & Cafe pun sangat ramah dan jika tak tahu nak makan apa boleh mintak recommendation pekerja mereka.

Bagi min, cafe ni menawarkan korang tempat yang sesuai untuk melepak, sama ada bersama rakan atau bersendirian. Tapi untuk tengahari, korang kena datang awal kerana cafe ini selalu penuh ketika lunch hour.

View dari luar Homs Bar & Cafe
View dari luar Homs Bar & Cafe
Interior Homs Bar & Cafe
Interior Homs Bar & Cafe

Dari segi makanan dan minuman cafe ini, bagi min semua sangat sedap tak terkata. Rata- rata pengunjung cafe ni sangat menyukai kopi mereka seperti caffe latte, Matcha Latte, Signature White with Marshmallow & Honey, Salted Caramel Macchiato Frappuciano, Iced Cheese Latte. Wow menarik kan pilihan kopi di cafe ini. Dengar pun sedap kalau minum pun lagi confirm sedap kan. Korang boleh try juga pastry diorang seperti Pandan Gula Melaka Mille Crepe, Neapolitan Mille Crepe, Rainbow Mille Crepe.

Ha sape sape peminat croffle tak perlu pening kepala kalau mengidam kerana Homs Bar & Cafe ada banyak pilihan seperti Classic croffle, Nutella croffle, Mini Cinnamon Brown Croffle, Kaya & Butter Croffle, Kitkat Croffle with Ice Cream, Mini Cheese Croffle. Satu memang tak cukup jadi korang kena try semua croffle dekat sini ye.

Jadi sape yang mengidam tu cepat cepat serbu Homs Bar & Cafe. Pasta pun ada dengan harga yang sangat student friendly. Macam macam lah makanan kat sini bukan setakat western, dessert dan kopi ha tapi banyak lagi korang boleh order. Overall harga makanan dan kopi dekat sini sangat berpatutan ye!

Makanan di Homs Bar & Cafe
Makanan di Homs Bar & Cafe

MENU

1. Spaghetti with marinated chicken

Spaghetti yang dihidangkan bersama ayam yang diperap secukup rasa. Bahagian ayam pun besar memang kenyang betul korang ha nanti! Gabungan pasta dengan ayam tu sangat sedap dan lain dari yang lain min tengok. Dari Google review, ramai dah try menu ini dan memang terbukti sedap dooh dari review tersebut! 

Spaghetti with marinated chicken
Spaghetti with marinated chicken

2. Kitkat Croffle with Ice Cream

Korang memang kena try croffle di Homs Bar & Cafe yang begitu rangup, buttery ditambah lagi topping Kitkat bersama ice cream vanilla. Memang menggiurkan orang yang tengok ye! Ada banyak lagi pilihan croffle disini yang korang boleh cuba. Btw jangan lupa untuk tengok atau singgah sekali ke Madam Croffle kalau korang mengidam croffle yang sedap dan menarik. Boleh baca review min di sini ya https://purpledurian.my/food-review/terbang-jauh-dari-korea-kini-tiba-di-malaysia-madam-croffle/

Kitkat Croffle with Ice Cream
Kitkat Croffle with Ice Cream

3. Matcha Latte

Kebanyakkan pengunjung di Homs Bar & Cafe memberi review 10/10 untuk matcha latte cafe ni. Rasa matcha yang tak pahit dan manis pun sangat nice. Bak kata review “their matcha is top notch”. Jadi peminat matcha apa lagi, sila serang Homs Bar & Cafe dan beli matcha latte hehe.

Matcha Latte
Matcha Latte

Overall min boleh cakap, Homs Bar & Cafe ialah antara kedai kopi yang terbaik di Kuala Terengganu dengan kepelbagaian menu kopi yang kaw kaw sedap. Makanan pun banyak disini kalau korang nak try dari dessert, pasta dan sebagainya. Cafe ini juga mempunyai persekitaran yang menyenangkan sekaligus menjadikannya tempat yang ideal untuk berehat sambil menikmati makanan yang enak dipadankan dengan secawan kopi  bersama keluarga, pasangan dan rakan-rakan. Korang kena singgah okay ke Homs Bar & Cafe sebab min bagi 10/10!!! 

Oh korang boleh order jugak di FoodPanda dan Grab Food jika korang tiada masa nak singgah ke cafe ini. Kan senang tu order je ha dan korang boleh merasai kopi yang sangat enak di Kuala Terengganu!

Antara menu Homs Bar & Cafe
Antara menu Homs Bar & Cafe

Location

📍Homs Bar & Cafe 

9298, BATU 12 1/4, Kampung Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/6QmPrshtDb8UEuhNA

🗺️Waze : Homs Bar & Cafe

📱Facebook : https://web.facebook.com/homsbarcafes/?_rdc=1&_rdr

📱Instagram : https://www.instagram.com/homsbarcafe/?hl=en

📱Tiktok : https://www.tiktok.com/@homsbarcafe?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Leave a Reply